Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

Apabila ada pihak lain yang sokong pengharaman pesta arak, mereka kata tidak progresif, Taliban.

Apabila parti komponen Pakatan yang sokong pengharaman pesta arak, mereka kata parti komponen Pakatan progresif, tidak Taliban.

Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

Logik Pakatan Hipokrit.

“Saya tidak akan menggunakan satu atau dua isu untuk melabelkan Amanah sebagai konservatif,” kata Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.

“Pada saya, Amanah adalah parti politik yang lebih progresif daripada parti agama yang konservatif, keliru dan sempit seperti PAS,” kata ‘pakar strategi’ PPBM walaupun kedua-dua Amanah dan PAS menyokong pengharaman pesta arak dan lagu Despacito.

Tokoh-tokoh hipokrit dan apologist sangat ramai dalam Pakatan.

PAS Cabar 'Kawan-Kawan' DAP Nyatakan Pendirian Isu Pesta Arak

Sementara Ahli Parlimen DAP Teresa Kok pula berkata, perbezaan pendapat tentang pesta arak tidak akan memusnahkan Pakatan Harapan.

“Kita hanya boleh mengatakan kita bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya.

Oops, alasan “bersetuju untuk tidak bersetuju” sekali lagi – yang bermaksud Pakatan Harapan ditakdirkan untuk gagal seperti Pakatan Rakyat.