Beberapa Projek Yang Dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang & Statusnya Sekarang

Berikut adalah beberapa projek yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan status projek-projek itu sekarang.

“C” dalam CAT bermaksud “Cekap”.

Kontroversi terkini ialah projek “Sia Boey, Reborn” RM100 juta yang dilancarkan dengan hebat pada tahun 2015. Anda boleh membaca mengenai projek itu di sini.

SIA BOEY REBORN – Projek bernilai RM100 juta untuk warisan dan seni.

Pelancaran rasmi: September 2015

Status projek terkini: Dibatalkan selepas 6 bulan

BPO PRIME – Usaha sama dengan Temasek dari Singapura untuk membangunkan hub Business Processing Outsourcing bernilai RM1,3 bilion

Pelancaran rasmi: Oktober 2014

Status projek terkini: Ditangguhkan tanpa kepastian

ECO MARINA BATU KAWAN – dikatakan sebagai “Bandar satelit terunggul dan bakal menjadi penanda aras baharu dalam industri hartanah dan pelancongan”.

Pelancaran rasmi: April 2015

Status projek terkini: Dibatalkan pada Jun 2016 kerana tanah tidak cukup luas untuk bina padang golf

TEROWONG PULAU PINANG & 3 JALANRAYA – projek untuk menambah baik pengangkutan di Pulau Pinang.

Pelancaran rasmi: 2010

Status projek terkini: Permulaan pembinaan tertangguh 3 1/2 tahun walaupun RM220 juta sudah dibayar untuk kajian kebolehlaksanaan

WET WORLD WILD SEA PARK – taman tema air lautan terbuka pertama dan satu-satunya di Asia

Pelancaran rasmi: Disember 2013

Status projek terkini: Ditutup secara kekal pada Oktober 2014 akibat kerosakan disebabkan ombak

Oleh Lim Sian See