Daim Zainuddin Benarkan Bank Negara Berdagang Forex, Mahathir Sokong - Anwar IbrahimDaim Zainuddin Benarkan Bank Negara Berdagang Forex, Mahathir Sokong - Anwar Ibrahim

Daim Zainuddin Benarkan Bank Negara Berdagang Forex, Mahathir Sokong – Anwar Ibrahim

“Dagangan mata wang asing dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) awal 1990- an, yang menyebabkan bank pusat kerugian sekurang-kurangnya RM5.7 bilion rizabnya, diluluskan oleh (bekas) Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan  sokongan oleh (bekas) Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Ketua Umum  PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Anwar dipetik media pro pembangkang The Edge yang disifatkan blogger  politik, Raja Petra Kamaruddin sebagai ‘kitab’ rujukan pembangkang.

“The Edge tidak pernah berbohong, kata penyokong Pakatan Harapan. The Edge cuma melaporkan perkara benar, paling benar dan tiada lain kecuali benar, janji penyokong Pakatan Harapan.

“Maka, jika begitu apa yang dilaporkan The Edge pada 24 September 2012 ini mestilah ‘Gospel’ dan ‘kata-kata Tuhan’,” ujarnya dipetik Malaysia Today.

Daim Zainuddin Benarkan Bank Negara Berdagang Forex, Mahathir Sokong - Anwar Ibrahim

Kenyataan Anwar pada tarikh berkenaan dan pada siri ceramahnya yang lain telah bercanggah dengan keterangan diberikan ‘pemimpin-dipenjara-kerana-meliwat’ itu kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerugian forex era 1990-an.

Dalam keterangannya kepada RCI, Anwar menafikan keterlibatan Dr Mahathir dan Daim di dalam  dagangan mata wang yang mengakibatkan kerugian BNM sehingga RM32 bilion –  menurut bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – dan hanya mendakwa ianya berpunca daripada kegagalan pegawai BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdagang forex.

Justeru kata Raja Petra, pengakuan Anwar yang direkodkan oleh The Edge membuktikan ikon politik pembangkang itu berbohong.

Mahathir & Daim Gunakan Anwar Sembunyikan US$10 Bilion Kerugian Forex

“Pertamanya, Anwar beritahu Parlimen pada 1993 tiada kerugian. Kemudian, pada  1994, Anwar katakan kerugian cuma kecil dan hanya ‘rugi diatas kertas’ sahaja.  Pada masa sama Anwar memberitahu Kabinet kerugian cuma RM5.7 bilion dan hanyalah ‘perbelanjaan tertunda’ dan ‘kerugian yang tidak disedari’.

“Jadi Anwar berbohong mengenai tiga perkara. Pertama beliau berbohong mengenai  jumlah kerugian – beliau katakan hanya RM5.7 bilion sedangkan ia sebenarnya RM32 bilion. Keduanya beliau berbohong mengenai sifat kerugian itu dengan berkata  ianya perbelanjaan tertunda dan kerugian yang tidak disedari.

“Ketiganya menyembunyikan fakta bahawa Mahathir dan Daim dalang semua perkara ini dan sebaliknya menyalahkan Gabenor Bank Negara secara keseluruhannya,” kata Raja Petra.

Tambah blogger berkenaan, jelas kini bahawa Anwar, Daim dan Mahathir  bersekongkol bersama-sama sehingga menyebabkan BNM kerugian besar akibat dagangan mata wang antarabangsa.

Sumber: Malaysian Digest