Gagal Langsai Ganti Rugi, Rafizi Terima Notis Bankrap

Gagal Langsai Ganti Rugi, Rafizi Terima Notis Bankrap

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau peguamnya masih belum menghubungi Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, berhubung pembayaran ganti rugi.

Mohamad Salleh yang menghubungi BH berkata, sehingga jam 7 malam tadi, kedua-dua pihak itu belum menghubunginya mahu pun peguamnya bagi membincangkan pembayaran gantirugi berjumlah berjumlah RM306,999.17.

“Sehingga kini (jam 7 malam), saya masih belum terima sebarang cek. Rafizi atau peguamnya tidak menghubungi saya atau peguam saya untuk membincangkan mengenai pembayaran ganti rugi,” katanya.

Simpanan Lebih RM1 Juta, Tapi Rafizi Minta Rakyat Bayarkan Saman RM300,000

Ditanya apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil pihaknya, Mohamad Salleh berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya esok membabitkan perkara itu sebelum membuat satu kenyataan media.

Ahad lalu, BH melaporkan Rafizi akan membuat pembayaran itu hari ini seperti yang dimaklumkan kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli.

Rafizi diberikan Notis Kebankrapan, yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 12 September lalu.

Gagal Langsai Ganti Rugi, Rafizi Terima Notis Bankrap

Notis Kebankrapan terbabit disiarkan dalam akhbar ini pada 18 September lalu, selain dihantar kepada Rafizi, yang beralamat di Kyoto Garden Condominium, Ampang serta ditampal pada Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini.

Susulan itu, Rafizi diberi tempoh tujuh hari dari tarikh penyampaian sempurna untuk memfailkan afidavit, jika berhasrat membantah notis berkenaan.

Sementara itu, Rafizi gagal dihubungi apabila panggilan telefon terus ke perkhidmatan peti pesanan suara. Mesej di aplikasi WhatsApp juga tidak dijawab.

Razlan Hadri sebentar tadi, memaklumkan Rafizi telah menyerahkan cek kepada peguamnya, untuk diserahkan kepada Mohamad Salleh, esok.

Sumber: BH