Hutang Luar Negara Kasar Kita Tinggi Maka Akan Jadi Negara Gagal? Jangan Tertipu

Hutang Luar Negara Kasar Kita Tinggi Maka Akan Jadi Negara Gagal? Jangan Tertipu

Tolong jangan ditipu oleh dakwaan pihak pembangkang bahawa Hutang Luar Negara KASAR (GROSS External Debt) kita tinggi maka kita akan menjadi negara gagal. Jika berhadapan dengan propaganda ini lagi, tanya kepada mereka:

1) Berapakah Hutang Luar Negara BERSIH (NET External Debt) kita – bukan Kasar;
2) Berapakah Hutang Luar Negara KASAR (GROSS) Singapura?

Nak Hentam Kerajaan Tapi Beza Hutang Kerajaan Dengan Hutang Luar Pun Tak Tahu?

The Edge Markets: Bank pusat menegaskan bahawa aset luar negara dan kedudukan pelaburan antarabangsa bersih adalah antara petunjuk lain yang dapat mengukur ketahanan ekonomi Malaysia terhadap kejutan pasaran, seperti potensi aliran keluar.

“Sejak 2015, aset luaran Malaysia melebihi liabiliti luar kita. Kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia sebanyak 3.3% daripada pendapatan negara kasar (gross national income-GNI) menguatkan daya tahan Malaysia terhadap pelbagai kejutan,” kata BNM.

Rizab semakin berpusat kerana lebih banyak aset di luar negara yang diperoleh oleh bank dan syarikat tempatan, tambah BNM.

“Khususnya, bank dan korporat memegang tiga perempat daripada aset luar Malaysia sebanyak RM1.3 trilion pada 30 Jun 2017, yang juga boleh diambil, untuk memenuhi obligasi hutang luar negeri mereka sebanyak RM673.8 bilion, tanpa membuat tuntutan terhadap rizab BNM,” kata kenyataan itu.