Jika Festival Arak Dibenarkan & Berlaku Serangan, DAP Yang Pertama Sekali Akan Kecam Kerajaan

Jika Festival Arak Dibenarkan & Berlaku Serangan, DAP Yang Pertama Sekali Akan Kecam Kerajaan

DAP kini menyerang MCA kerana melakukab U-turn berkaitan pesta arak di Kuala Lumpur.

MCA telah mempertahankan festival itu tetapi selepas diberi taklimat dalam mesyuarat kabinet semalam mengenai ancaman keselamatan tertentu, MCA bersetuju dengan larangan tersebut.

Memandangkan rekod MCA dalam mempertahankan hak orang bukan Islam, bagi mereka untuk membuat U-Turn seperti itu bermakna maklumat yang mereka terima amat serius.

PKR, PAN & PPBM Sokong Penganjuran Pesta Arak Oktober Ini?

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa ISIS telah merancang untuk menyasarkan bukan Islam di Malaysia.

Pesta arak secara terbuka akan menjadi sasaran utama berprofil tinggi yang mudah untuk serangan itu – seperti yang dibuktikan di seluruh dunia termasuk di Jerman di mana Oktoberfest berasal. (mirror.co.uk)

Jika Festival Arak Dibenarkan & Berlaku Serangan, DAP Yang Pertama Sekali Akan Kecam Kerajaan

Pub dan bar masih boleh menyambut Oktoberfest sendiri di premis mereka tanpa memerlukan permit tetapi dengan membuat festival terbuka secara besaran akan menjadi risiko ancaman keselamatan.

Pencinta bir tidak dilarang untuk minum secara indoor dan bukan di tempat terbuka.

Dengan ISIS berlegar dan Malaysia menjadi salah satu sasaran, dunia hari ini berbeza dari sebelumnya.

PAS Cabar 'Kawan-Kawan' DAP Nyatakan Pendirian Isu Pesta Arak

DAP sepatutnya berhenti mempolitikkan isu ini dan tidak seharusnya menyerang MCA mengenai isu tersebut melainkan mereka tahu apakah ancaman keselamatan khusus yang dihadapi atau mereka boleh mendapatkan Red Bean Army mereka untuk menjamin keselamatan dan mempertahankan sebarang serangan ISIS.

Saya yakin RBA akan berjaya di mana kerajaan barat telah gagal dalam mencegah serangan “Lone Wolf“.

Walau bagaimanapun, sekiranya pesta arak dibenarkan dan ada serangan, DAP juga menjadi yang pihak pertama mengkritik Kerajaan.