Kami Memang Kemaruk Kuasa! - Mat Sabu

Kami Memang Kemaruk Kuasa! – Mat Sabu

Tanpa berselindung Mohamad Sabu berkata parti yang dipimpinnya memang ‘kemaruk kuasa’.

Namun kata tokoh yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu Parti Amanah Negara (AMANAH) bersikap demikian menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini adalah untuk merampas kuasa daripada “orang gila”.

“Memanglah (kemaruk kuasa), kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok. Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya sambil ketawa.

Mat Sabu Disaman Fitnah RM1.5 Juta, Lim Kit Siang Senyum Saja

Mohamad berkata demikian semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu Mohamad mengumumkan penganjuran himpunan 100,000 Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dijadual diadakan pada 14 Oktober ini.

Himpunan itu akan diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pagi tadi AMANAH ditempelak kerana meluluskan usul menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

Rafizi Sahkan PAN Setaraf Hindraf, Hanya Dibenar Bertanding 2 Kerusi Di Selangor

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi usul berkenaan dibuat ketika tiada sebarang masalah timbul dalam kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya dilaporkan FMT.

Ketika diminta mengulas mengenai AMANAH Selangor yang mencadangkan namanya untuk bertanding di negeri itu, Mat sabu berkata beliau sememangnya “bertanding pada setiap PRU”.

“Kali ini lebih yakin sebab saya tengok perubahan misalnya di konvensyen AMANAH sambutan begitu baik, di konvensyen PPBM peringkat nasional saya nampak mereka yang datang itu muka-muka yang tak pernah mengundi selain daripada BN.

“Ertinya pilihan raya akan datang, kami akan dapat nilai tambah daripada pengundi-pengundi yang akan mengundi HARAPAN,” katanya.

Sumber: Malaysiakini