Kerajaan Berhenti Beri Peruntukan Tahunan Kepada FELDA Sejak 1994

Kerajaan Berhenti Beri Peruntukan Tahunan Kepada FELDA Sejak 1994

Fakta menarik.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi tujuan membasmi kemiskinan melalui pembangunan pertanian. FELDA bukan sebuah syarikat tetapi agensi kerajaan atau lembaga.

Walau bagaimanapun, FELDA berhenti menerima peneroka baru pada tahun 1990 sementara kerajaan berhenti memberi peruntukan tahunan kepada FELDA pada tahun 1994.

Jika anda tidak membuat kereta atau trek perlumbaan, kerajaan masa itu di bawah Mahathir tidak begitu berminat.

Sekiranya kerajaan semasa tidak mengambil langkah bagi menangani penurunan hasil pokok kelapa sawit maka dalam masa 10 atau 20 tahun lagi, FELDA mungkin tidak wujud lagi.

Mengenai FELDA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus FELDA adalah untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.