Kerajaan Selangor Bayar SPLASH RM2.8 Bilion Untuk Taja PKR, Dakwa Penganalisis Politik

Kerajaan Selangor Bayar SPLASH RM2.8 Bilion Untuk Taja PKR, Dakwa Penganalisis Politik

Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) tidak layak untuk menerima bayaran pengambilalihan ekuiti oleh kerajaan Selangor dengan nilai lebih RM2.8 bilion ekoran nilainya lebih rendah daripada itu.

Bayaran sesuai kepada SPLASH selepas mengambil kira aset dan liabiliti syarikat adalah RM250 juta seperti mana yang ditetapkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, selepas Khalid disingkirkan secara politik oleh partinya sendiri, kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar barunya, Datuk Seri Azmin Ali kini bersetuju untuk menuruti permintaan SPLASH bagi menuntut RM2.8 bilion sebagai bayaran pengambilalihan ekuiti syarikat.

Keputusan Mahkamah Buktikan Azmin Bermotif Politik & Berniat Jahat - Khalid Ibrahim

“Kerajaan Selangor baru kemudian berkata mereka mahu membeli SPLASH dengan harga RM2.8 bilion berbanding RM250juta dan memberikan tarikh akhir pada November 2015 untuk menyelesaikan pembelian SPLASH.

“Tarikh akhir November 2015 dilanjutkan lagi oleh Kerajaan Selangor kepada November 2016. Ianya kemudian dilanjutkan lagi sehingga Mac 2017. Dan kemudian dilanjutkan sekali lagi kepada 7 Oktober 2017.

“Setiap tahun dilanjutkan bermakna kerajaan Selangor mengalami kerugian RM300 juta,” kata penganalisis politik/blogger, Lim Sian See (LSS).

Pembelian SPLASH adalah sebahagian daripada kaedah Selangor untuk meletakkan semua konsesi air di bawah seliaan kerajaan negeri dan menamatkan perjanjian berat sebelah yang menguntungkan konsesi serta membebankan rakyat dibuat ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, sepertimana yang dijelaskan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin.

SPLASH: Kerajaan PKR Selangor Boleh Beli Murah, Tapi Degil Mahu Bayar Lebih 10 Kali Ganda

Faekah yang meneraju MBI sewaktu Khalid masih bergelar Menteri Besar berkata, kaedah pengiraan pampasan kepada syarikat konsesi ditentukan setelah mengambil kira nilai pelaburan awal syarikat dengan peratusan faedah tahunan mengikut perjanjian awal setiap syarikat.

“Peratusan pelaburan setiap tahun yang akan diberikan kepada SPLASH adalah berdasarkan perjanjian konsesi awal yang ditandatangani sejak tahun 2000 dahulu iaitu 12% setahun. Nilai itu bukan direkacipta. Ianya termaktub pada perjanjian konsesi sejak zaman Dr Mahathir lagi,” jelasnya.

Dengan keuntungan dijana SPLASH dan selepas menolak pembayaran dividen kepada pemegang saham bernilai RM1.056 bilion serta baki hutang syarikat, kerajaan negeri bersetuju membayar RM250 juta dan menanggung segala liabiliti syarikat, kata Faekah.

Isu SPLASH: Rafizi Akui Anwar Lobi Khalid Untuk Bayar Lebih

Menurut Faekah lagi, isu pengambilalihan SPLASH mempunyai kaitan politik ekoran PKR mahu menjadikan konsesi air itu sebagai ‘cash cow’ bagi pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat pada waktu itu) namun idea itu tidak dipersetujui oleh Khalid yang menerajui Selangor.

Beliau walau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menjadi proksi PKR di dalam SPLASH.

LSS dalam pada itu mendakwa, proksi berkenaan adalah Pengerusi SPLASH Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.

“SPLASH dimiliki 30% oleh kroni PKR, Tan Sri Wan Azmi dan mendapat RM400 juta setiap tahun walaupun jumlah modalnya awalnya cuma RM170 juta,” kata LSS.

Sumber: Malaysian Digest