rafizi Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?

Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?

Ini bukan bahagian ke 2. Ini selingan sementara menanti bahagian 2.

26 Julai 2017 : Dengan memek muka yang penuh simpati beliau berlakon depan kamera memohon derma daripada rakyat Malaysia untuk membayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilakukannya. Katanya untuk mengelak dirinya dari diisytihar muflis.

Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?

04 Ogos 2017 : Dengan penuh bangganya dia mengumumkan dia berjaya mengutip derma RM 1.5 juta dalam masa 10 hari daripada orang ramai. Angka yang diperlukannya hanya RM300,000.

Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?

Ke mana wang itu menghilang?

Hmmm, sekarang kita fahamlah kenapa dia telah mengeluarkan semua wang simpanan dia dari Tabung Haji dan ASB. Rupanya dia telah bersedia untuk dimufliskan. Jika telah bersedia untuk muflis, janganlah kutip derma lagi dari orang ramai kononnya untuk membayar saman.

Mohon Sumbangan Bayar Saman, Ke Mana Wang Itu Hilang?

Kepada rakyat Malaysia pula, suka saya ingin berpesan. Jangan biarkan diri anda terus ditipu oleh orang seperti ini.

Kononnya perlu bantuan dan dana untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Sebenarnya anda tidak perlu membayar wang atau mengeluarkan sesen pun. Anda boleh lakukannya secara percuma di pusat-pusat pembuangan undi. Jangan biarkan diri anda terus ditipu oleh si penipu, yang mengenakan bayaran kepada anda terhadap benda yang boleh didapati secara percuma.

Oleh Rizal Mansor