mahathir Pakatan Harapan Dipengerusikan Bekas Diktator & Penindas

Pakatan Harapan Dipengerusikan Bekas Diktator & Penindas

Mahathir dan Pakatan terus menegaskan bahawa Najib adalah diktator dan penindas.

Tetapi mari kita lihat apa yang berlaku dalam tempoh antara 1999 hingga 2004 ketika Mahathir memerintah dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Kita tidak bercakap mengenai Ops Lalang yang berlaku sepuluh tahun sebelumnya di mana lebih daripada seratus pemimpin dan aktivis pembangkang ditangkap di bawah ISA manakala 4 akhbar utama ditutup.

Dalam tempoh 5 tahun ini sebelum 2004 sahaja, Mahathir menggunakan ISA, undang-undang paksaan lain dan mahkamah untuk membendung pembangkang.

Mahathir Sumbat Anwar, Lim Kit Siang & Mat Sabu Dalam ISA, Tapi Tuduh Najib Diktator

Ezam Mohd Noor, Tian Chua, Saari Sungib, Lokman Noor Adam, Dr Badrulamin Bahron, Hishamuddin Rais (dan seketika Raja Petra dan Gobalakrishnan juga) ditahan di bawah ISA atas tuduhan-tuduhan yang mengancam keselamatan negara.

Azmin Ali dibawa ke mahkamah dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana sumpah palsu pada tahun 2001.

Timbalan Ketua Wanita PKR Irene Irene Fernandez juga dibawa ke mahkamah dan dihukum penjara 12 bulan kerana didakwa menerbitkan berita palsu.

Ezam, pemimpin pemuda PKR, yang telah ditahan di bawah ISA, dibawa ke mahkamah atas dakwaan OSA dan kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 2 tahun.

Ezam & Lim Guan Eng telah dipenjarakan pada 25 Ogos 1998 – 3 bulan sebelum PRU12. Begitu juga Anwar.

Azmin dan Fernandez, Lim Guan Eng dan Anwar, semuanya diperintah untuk tidak bertanding Pilihan Raya Umum 2004 berdasarkan alasan sabitan mereka.

Mahathir Yang Panggil Lim Kit Siang Rasis & Diktator Selama Ini

Nampaknya Mahathir (dan sekarang Lim Kit Siang) tidak tahu atau sudah lupa.

Lupakan Mahathir yang tidak mempunyai rasa malu atau hipokrit tetapi untuk Lim Kit Siang, Azmin, Lim Guan Eng, Anwar dan selebihnya melupakan semua ini menunjukkan pembohongan dan sifat lalang mereka yang tidak berprinsip.

Oleh Lim Sian See