Rafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal Sebulan

Rafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal Sebulan

Walaupun berdepan risiko disaman, Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor terus menyerang Rafizi Ramli hari ini dengan menyifatkan Naib Presiden PKR itu memalukan diri melalui pendedahan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, INVOKE.

Sindiran itu dibuat Rizal dengan menunjukkan “ketidakcerdikan” Rafizi melalui pembayaran gaji disifatkannya tidak masuk akal kerana dibuat awal sebulan.

Rafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal Sebulan

“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menunjukkan segala dokumen (aliran kewangan INVOKE yang dibayar melalui KEIP Resources Sdn Bhd). Satu dokumen yang ditunjukkan di mana tarikh invois pada 22 Oktober, tetapi semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September.

“Sangat tidak masuk akal, biasanya gaji dibayar pada (akhir) bulan sama. Ini bulan baru (Oktober) belum masuk lagi, gaji dah siap bayar. Memang hebat Rafizi ini.

“Hebatkan Rafizi, baru 11 September dah bayar gaji Oktober, dahsyat tak kerja seorang akauntan bertauliah. Yang buat baucer Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.

“Bagi saya, orang ini kalau dia nak menipu, dia akan makan diri. Menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam, Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindirnya ketika dihubungi FMT.

Rafizi Perlu Bayar Rafizi Untuk Uruskan Rafizi Menurut Invois Yang Dibongkar Rafizi Sendiri

Rizal merujuk dokumen didedahkan Rafizi semalam yang menafikan tuduhan kononnya beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik INVOKE yang diasaskannya.

“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urus niaga dengan INVOKE (seperti KEIP Resources Sdn Bhd). Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari INVOKE dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, beliau menghormati hak Rafizi dan sedia berdepan kemungkinan disaman Ahli Parlimen Pandan itu.

“Saya menghormati hak dia (sebagai) rakyat Malaysia. Saya terbuka, kalau dia rasa itu yang terbaik, silakan. Saya tiada hak nak halang,” katanya.

Sebelum ini, Rizal mempertikaikan bagaimana INVOKE menggunakan sumbangan orang ramai, khasnya bayaran kepada sebuah syarikat pembekal tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd.

Pegawai khas Najib itu mendakwa carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi ialah pemegang saham utama syarikat itu.

Sumber: FMT