najib trump Rafizi Tuduh Lawatan PM Ke White House Bukan Lawatan Rasmi

Rafizi Tuduh Lawatan PM Ke White House Bukan Lawatan Rasmi

Rafizi Ramli kini menuduh lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke White House atas jemputan Presiden Trump bukanlah lawatan rasmi.

Walau bagaimanapun, ini adalah kenyataan rasmi daripada White House bertarikh 23 Ogos yang mengesahkan lawatan itu.

Rafizi Tuduh Lawatan PM Ke White House Bukan Lawatan Rasmi

Jika ia bukan lawatan rasmi, mengapa perlu White House keluarkan kenyataan rasmi, YB Rafizi?

Lim Kit Siang menuntut agar kabinet membatalkan lawatan Najib ke White House sementara anaknya mengatakan Presiden Trump adalah dungu dan berkata beliau tidak mahu bertemu Trump kerana ia akan menjadikan beliau bodoh.

Dan kini Rafizi membuat tuduhan tidak masuk akal seperti ini.

Rafizi Tuduh Lawatan PM Ke White House Bukan Lawatan Rasmi

Kenapa Pakatan jadi sakit hati dan terdesak atas lawatan PM Najib ke White House untuk bertemu Trump?

Anda tidak boleh marah pada YB Rafizi kerana membuat tuduhan tidak masuk akal seperti ini sebagaimana beliau kata bahawa tugasnya adalah untuk menghasut rakyat setiap hari.

Jika beliau berhenti maka beliau tidak melakukan tugasnya dan tidak layak mendapat RM26,000 sebulan (bebas cukai) gaji dan elaun Ahli Parlimennya.

Oleh Lim Sian See