invoke Rafizi Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan 'Rafizi Bayar Rafizi'

Rafizi Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan ‘Rafizi Bayar Rafizi’

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dengan nada marah menyatakan bersedia untuk menyaman Datuk Rizal Mansor di atas dakwaan menyeleweng sumbangan rakyat kepada badan kaji selidik pembangkang, INVOKE, ke syarikat miliknya sendiri.

Menerusi video sidang media atas talian selama satu jam setengah, Rafizi yang juga Pengarah INVOKE turut menyifatkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri itu sebagai bodoh.

Rafizi Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan 'Rafizi Bayar Rafizi'

“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Cakaplah apa pun, saya buat hubungan seks dengan lelaki, kucing ke, binatang ke, saya tak pernah saman.

“Contohnya, Papagomo paling banyak hentam saya tapi saya tak pernah saman walaupun fitnah-fitnah yang Papagomo buat seperti dakwaan saya dipecat dari Petronas kerana mencuri wang tuntutan perbelanjaan, dia kata saya gay dan sebagainya, saya tidak pernah saman.

“Kerana apa (saya tak saman)? Sebab Papagomo bankrap. Miskin. Bukan boleh buat dapat duit pun. Buang masa sahaja.

“Tetapi kali ini lain, kerana saya ingat Datuk Rizal Mansor ini ada back up kuat. Dia mempunyai wang dan mempunyai back up dan dokongan wang yang besar. Ya lah, dia tolong bawak beg Rosmah Mansor. Dalam tu berapa banyak wang? Beg itu sahaja kalau dijual boleh bayar saman kami,” kata Rafizi.

Hasrat Rafizi untuk mengemukakan saman ekoran Rizal mendedahkan bahawa Naib Presiden PKR itu telah mengalihkan ratusan ribu ringgit sumbangan orang ramai yang dikutip dari rakyat ke akaun syarikat membekalkan tenaga kerja milik Rafizi, KEIP Resources Sdn Bhd.

Kata Rizal, Rafizi sebelum ini meminta sumbangan rakyat bagi membolehkannya membayar tuntuan saman fitnah kepada Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM300,000.

Hasilnya, beliau berjaya mengutip derma RM1.5 juta dalam tempoh 10 hari dan dakwa Rizal ahli parlimen pembangkang itu kemudiannya mengalihkan dana tersebut ke akaun syarikatnya.

Rafizi Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan 'Rafizi Bayar Rafizi'

Menerusi video sidang media semalam, Rafizi menafikan mendapat manfaat samaada dari INVOKE atau KEIP atau mana-mana syarikat lain berkaitan INVOKE.

“Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari INVOKE dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi.

Rizal dalam pada itu dilihat tidak mengendahkan ugutan saman oleh Rafizi, malah beliau sekali lagi mengemukakan bukti terbaru bayaran kepada KEIP bernilai RM166,956.50.

Bukti yang dimuat naik di laman Facebooknya itu disertakan caption “Lu fikirlah sendiri.”

Rafizi Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan 'Rafizi Bayar Rafizi'

Sumber: Malaysian Digest