RoS Perlu Desak DAP Pamer Senarai Nama Delegasi

RoS Perlu Desak DAP Pamer Senarai Nama Delegasi

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) perlu mendesak DAP mempamerkan senarai­ nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berdasarkan senarai pada 2012 di dalam akhbar serta portal berita tempatan.

Timbalan Pengerusi DAP Ca­wangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam berkata, langkah tersebut diyakini dapat memastikan pemilihan yang bakal dilaksanakan parti itu dibuat secara te­lus dengan kesahihan senarai nama perwakilan tidak dipertikaikan.

Ini Adalah Pemilihan DAP Tahun 2012 Yang Tidak Sah, Perisian Excel Dipersalahkan

Dalam masa sama Pannerselvam berkata, beliau mewakili ahli akar umbi DAP juga menolak sebarang usaha penipuan, pemalsuan atau taktik licik beberapa kumpulan tertentu yang me­rancang mencemarkan pemilihan yang dijangka diadakan awal bulan hadapan.

“Hari ini saya bersama dua lagi ahli akar umbi parti turut menghantar memorandum kepada RoS untuk meminta jabatan itu mengeluarkan arahan agar DAP mempamerkan senarai nama 2,576 perwakilan layak mengundi di dalam akhbar serta portal beri­ta tempatan.

“Kami juga mahu proses pengiraan undi semasa pemilihan itu dilakukan secara telus serta dibuat di hadapan semua perwa­kilan dan bukannya dibawa kelu­ar­ ke bilik lain seperti diamalkan sebelum ini,” katanya di sini semalam.

RoS Perlu Desak DAP Pamer Senarai Nama Delegasi

Dua ahli DAP yang hadir ialah bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan dan Timbalan Pengerusi DAP Taman Murni Sepang, A. Thirumalvalavan.

Menurut Pannerselvam, se­narai nama 2,576 perwakilan itu perlu dipamerkan berserta MyKad serta cawangan masing-masing bagi mengelak adanya penipuan termasuk pengundi hantu semasa pemilihan tersebut.

“Dalam pemilihan CEC pada 2013 dikatakan terdapat kira-kira 120 cawangan tambahan sebagai pengundi hantu. Kami sudah hilang kepercayaan kepada DAP untuk adakan pemilihan tanpa pamerkan senarai nama yang sahih,” katanya.