Selepas Kerajaan Terpaksa 'Bailout' MAS, Mahathir Cuci Tangan & Bersara

Selepas Kerajaan Terpaksa ‘Bailout’ MAS, Mahathir Cuci Tangan & Bersara

MAS diswastakan oleh Mahathir pada 1994 sebagai sebahagian untuk menutup skandal kerugian forex RM32 bilion Bank Negara Malaysia (BNM), apabila Naluri Berhad milik Tan Sri Tajudin Ramli membeli 29.1% kepentingan syarikat penerbangan itu.

RCI Forex: Tajudin Ramli Sepatutnya Dipanggil Beri Keterangan Berkaitan Saham MAS

Pada tahun 1996, MAS membuat pesanan 25 pesawat – 15 B777-200 dan 10 B747-400 – dengan kos US$10 bilion.

Penyusutan nilai ringgit yang teruk pada akhir 1997 dan pengurangan trafik penumpang dalam tempoh 12 bulan berikutnya telah menjejaskan MAS secara mendadak.

Pada Februari 2001, apabila kerajaan Malaysia akhirnya membeli balik kepentingan ekuiti Naluri Berhad sebanyak 29.1% dalam MAS (untuk lebih daripada tiga kali ganda penilaian pasaran sahamnya), syarikat penerbangan itu terperosok di bawah hutang-hutang yang menghampiri RM8 bilion.

Selepas Kerajaan Terpaksa 'Bailout' MAS, Mahathir Cuci Tangan & Bersara

Di samping membayar RM1.8 bilion kepada Naluri Berhad, kerajaan terpaksa menyelamatkan MAS pada tahun 2002 dengan mengambil alih lagi hutang MAS sebanyak RM7 bilion.

Di samping itu, MAS terpaksa menjual bangunannya termasuk Ibu Pejabat di Jalan Sultan Ismail kepada PMB.

Selepas Kerajaan Terpaksa 'Bailout' MAS, Mahathir Cuci Tangan & Bersara

Tahun hadapannya, pada bulan Oktober 2003, Mahathir mencuci tangan beliau dan bersara.

Baru-baru ini, Mahathir mempersoalkan sama ada Najib tahu bagaimana untuk menguruskan MAS atau tidak dan memberi nasihat mengenai bagaimana untuk memastikan MAS tidak akan kehilangan wang.

Rujukan:
Travel Impact Newswire: Malaysian Airlines to Sell Off Assets as Part of Restructuring

Oleh Lim Sian See