Tangan Mahathir 'Terikat' Untuk Memajukan Sarawak Ketika Beliau Memerintah

Tangan Mahathir ‘Terikat’ Untuk Memajukan Sarawak Ketika Beliau Memerintah

Oh wow, Mahathir berucap secara langsung di Kuching sekarang dan beliau berkata tangannya terikat kerana Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah digubal dan diluluskan sebelum waktu pemerintahan beliau sehingga beliau tidak boleh berbuat apa-apa mengenai royalti atau dana yang diberikan kepada Sarawak.

Ini mungkin alasan paling bodoh yang pernah saya dengar – lebih baik anda menggunakan “Aku Tak Tahu” sebagai alasan anda.

mahathir daim anwar Ringkasan RCI Skandal Kerugian Forex RM32 Bilion BNM: Kami Tak Tahu

Anda mempunyai 2/3 majoriti sepanjang anda berkuasa dan dengan mudah boleh memansuhkan undang-undang jika anda fikir ia tidak adil.

Dan ditambah pula, PDA TIDAK membataskan berapa banyak wang yang dapat disalurkan kembali ke Sarawak dalam belanjawan masing-masing setiap tahun atau meluluskan projek pembangunan untuk Sarawak.

Anda tidak pernah kisah pun untuk melawat Sarawak. Malah, hanya sedikit orang yang dapat mengingati bila kali terakhir anda melawat Sarawak sebelum ini.

Najib juga terikat dengan akta PDA yang sama tetapi ia tidak menghalang beliau daripada melawat Sarawak dengan lebih kerap, bekerja rapat dengan Kerajaan Sarawak, memberikan lebih banyak autonomi kepada Sarawak, menjual Bakun kembali kepada mereka, meluluskan dan membiayai Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol dan memperuntukkan lebih banyak dana kepada Sarawak.

Tangan Mahathir 'Terikat' Untuk Memajukan Sarawak Ketika Beliau Memerintah

AKU TAK TAHU LAH, Mahathir jika ini adalah alasan bodoh yang anda mahu beri kepada rakyat Sarawak.

Terikat dengan PDA dan akta itu bukanlah masalah anda. Kelakar.

Anda harus berhenti membiarkan DAP menulis ucapan untuk anda kerana “Bukan salah saya tetapi salah kerajaan BN sebelum ini” adalah alasan yang banyak digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang kini sudah tidak laku lagi.

Oleh Lim Sian See