1MDB Bantu Malaysia Jimatkan RM200 Bilion

1MDB Bantu Malaysia Jimatkan RM200 Bilion

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam penulisan blognya 3 hari sebelum pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini.

Perdana menteri berkata 1MDB sebenarnya memainkan peranan membetulkan perjanjian berat sebelah melibatkan industri jana kuasa elektrik yang ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin, dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang kini menjadi seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenapa Pembangkang Tidak Lagi Berani Sebut Tentang Perjanjian Berat Sebelah IPP

“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk ‘Tiada lagi perjanjian pilih kasih’,” katanya dalam catatan panjang blog di bawah tajuk “Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia”.

Menurut Najib, 1MDB turut membiayai pembinaan 8 pangkalan tentera, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, di samping memberikan beribu-ribu biasiswa dan menaja jemaah haji.

“Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang baik,” katanya.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Najib turut mempertahankan dasar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2015.

Menurutnya, kadar 6% lebih rendah berbanding negara lain.

“Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu,” kata Najib.

Sumber: FMT