4 Tahun Dipinggirkan DAP - Teh Yee Cheu

4 Tahun Dipinggirkan DAP – Teh Yee Cheu

“Saya tidak pernah diberi ruang untuk bersuara dalam kerajaan negeri dan parti. Jadi saya harus undur diri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Teh Yee Cheu berkata, beliau mula dipinggirkan parti dan kerajaan negeri pada 2013 apabila membangkitkan isu pembangunan di lereng bukit, Pelan Struktur Pulau Pinang dan beberapa perkara lain.

teh yee cheu ADUN Tanjung Bungah Mahu Tinggalkan DAP

“Semua orang tahu saya tidak sebulu dengan kepemimpinan parti dan kerajaan negeri, ia bukan lagi rahsia.

“Saya sudah lama mahu undur diri dan tragedi tanah runtuh adalah insiden paling memberi kesan terhadap diri saya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Tanjung Bungah di sini, hari ini.

Beliau merujuk tragedi runtuhan tanah yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu.

teh yee cheu Tanah Runtuh: ADUN Tanjung Bungah Minta Maaf

Ahad lalu, Teh Yee Cheu mengesahkan akan keluar DAP sebaik Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau antara ADUN DAP paling lantang menyuarakan isu membabitkan pembangunan di lereng bukit dan berkaitan alam sekitar.

Teh Yee Cheu juga bertanggungjawab mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal.