Allah Bakal Ditahan Jika Tidak Mohon Tauliah - Sarajun Hoda

Allah Bakal Ditahan Jika Tidak Mohon Tauliah – Sarajun Hoda

Allah juga akan diberkas oleh Jabatan Agama sekiranya tidak mempunyai tauliah, demikian kenyataan yang dibuat oleh mantan Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Bin Abdul Hassan ketika mengulas tentang undang-undang tauliah yang wujud di negara ini.

sarajun hoda Bekas Timbalan Pengerusi BERSIH Mahu JAKIM Dihapuskan

“Sekiranya Allah sendiri atau Nabi Mohamed turun ke bumi untuk berkhutbah, mereka terlebih dahulu perlu memohon tauliah dari Jabatan Agama, dan sekiranya tidak ada tauliah mereka juga akan ditahan,” kata Sarajun Hoda.

Beliau juga membuat dakwaan bahawa tauliah adalah isu politik kerana JAKIM ingin mengawal pemikiran dan minda umat Islam di negara ini melalui khutbah.

Sebelum ini, Sarajun Hoda pernah menggesa penghapusan JAKIM dan mahkamah-mahkamah syariah di negara ini.

Baru-baru ini, Majlis Raja-Raja memberikan respon pantas berkenaan isu Dobi Mesra Muslim yang dikatakan boleh mencetuskan isu perkauman di Malaysia.

Majlis Raja-Raja yang mewakili Sultan-Sultan serta Raja negeri yang menjadi Ketua Agama Islam negeri masing-masing telah menitahkan supaya rakyat Malaysia tidak menimbulkan sebarang kenyataan yang boleh mengguriskan hati mana-mana pihak.

Sumber: Menara