ustaz shahul Apabila Datang Dari Ustaz Yang Ditaja DAP, Dikatakan Kebebasan Bersuara

Apabila Datang Dari Ustaz Yang Ditaja DAP, Dikatakan Kebebasan Bersuara

Berikut adalah satu lagi contoh hipokrasi tegar DAP.

Apabila Ustaz Zamihan Mat Zin mencetuskan kontroversi dengan mempertahankan kedai dobi untuk Muslim sahaja di Johor dengan memberikan alasannya mengapa, DAP menyerang Najib dengan mengatakan beliau diam tentang hal ini dan tidak mengecam Ustaz itu.

DAP juga mengatakan ini adalah contoh talibanisasi di Malaysia manakala Superman Hew Kuan Yau DAP menggelar ustaz ‘Islamic Sohai’ sambil menyerang JAKIM kerana Ustaz Zamihan didapati bekerja di sana.

Tetapi apabila Ustaz Shahul Hamid didapati mengatakan bahawa orang Islam tidak boleh pergi ke salon bukan Muslim, tidak boleh masuk sekolah Cina, tidak boleh membeli serbuk kari dari penganut Hindu, DAP tidak mengatakan apa-apa.

Seorang guru agama Islam yang pernah mencetuskan kontroversi dengan menggesa umat Islam memboikot serbuk kari keluaran syarikat India hari ini mengatakan adalah haram bagi orang Islam untuk mendapatkan khidmat menggunting rambut daripada bukan Islam.

Shahul Hamid Seeni Muhammad, guru besar Maahad Tahfiz Darul Tahzhib berkata demikian dalam video yang telah tular sejak dimuat naik dua tahun lepas. (Sumber)

Malah Kerajaan DAP Pulau Pinang juga mempertahankan Ustaz Shahul mengatakan bahawa ia adalah kebebasan bersuaranya untuk menyatakan begitu dan bahawa ia adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan pegangan sekolah yang di mana dia sebagai pengetuanya.

Sesetangah RBA mempertahankan DAP mengatakan bahawa Ustaz Zamihan adalah berbeza daripada Ustaz Shahul kerana Zamihan bekerja dengan JAKIM Kerajaan Persekutuan.

Untuk para RBA ini, biar saya beritahu anda bahawa sekolah Ustaz Shahul ditaja oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

DAP tidak boleh membuat tindakan berpilih – sama ada anda mengutuk kedua-duanya atau anda bersetuju bahawa kedua-duanya mempunyai kebebasan bersuara untuk menyatakan pandangan mereka.

Bersikap double standard ialah sifat ‘ular’ yang sebenar.

Oleh Lim Sian See