Eric See-To Buktikan Rafizi & Tony Pua Pengecut Dalam Cabaran Debat 2 Lawan 1

Eric See-To Buktikan Rafizi & Tony Pua Pengecut Dalam Cabaran Debat 2 Lawan 1

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To kepada Rafizi Ramli memberikan tempoh selama 3 hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua bagi sesi perdebatan berhubung isu Projek Terowong Dasar Laut yang bernilai RM6.34 bilion.

Tony Pua sebelum itu, telah menolak untuk berdebat dengan Eric See-To dan melabelkan Eric See-To sebagai ‘Nobody‘ yang tidak layak berdebat dengannya. Eric See-To kemudiannya membalas dengan menunjukkan dan membuktikan bahawa Tony Pua adalah bekas rakan seperniagaan yang pernah meminta pinjaman kepadanya sebanyak RM100,000 beberapa tahun lepas ekoran masalah kewangan syarikatnya.

Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

Keengganan Tony Pua untuk berdebat dengannya, mengundang tempelakan daripada Eric See-To. Beliau kemudiannya mencadangkan regu utama Tony Pua iaitu Rafizi Ramli untuk menggunakan INVOKE bagi penganjuran debat terbuka antara mereka bertiga.

Rafizi Ramli sebelum ini cuba mengelak daripada berdebat secara langsung dengan Eric See-To. ‘Serangan-serangan’ yang dilakukan oleh Eric See-To kepada Rafizi menerusi media sosial, khususnya Twitter dan Facebook, berhadapan dengan halangan apabila Rafizi Ramli bertindak menghadang (block) akaun Eric See-To daripada menjawab, menyoal mahupun membalas reaksi setiap muatnaiknya.

Dan Eric See-To bukannya seorang yang dihalang oleh Rafizi Ramli daripada mengakses akaun media-media sosialnya. Ramai yang lain turut terkena ulah yang sama, hanya semata-mata Rafizi Ramli mahu membuktikan yang setiap persoalannya tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun.

tony pua Kerana DAP Pengecut, Rafizi & Saya Harus Buat 2 Debat & Bukan 1 - Eric See-To

Dalam cabarannya, Eric See-To berkata, sekiranya pujukan Rafizi Ramli masih gagal menarik Tony Pua untuk berdebat dengannya, dia mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya berkaitan GST, MRT, industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelitkan oleh Naib Presiden PKR yang turut dikenali sebagai PEMBOHONG TERUNGGUL itu.

Ramai sebenarnya yang menantikan acara perdebatan antara Tony Pua, Rafizi Ramli dengan Eric See-To setelah Timbalan Pengarah Komunikasi BN itu kerapkali menyerang dan menyebabkan Tony Pua apatah lagi Rafizi Ramli malu dengan pembohongan mereka sendiri.

Jawapan awal yang diberikan oleh Tony Pua serta reaksi awal Rafizi Ramli, membuktikan, Tony Pua dan Rafizi Ramli itu hanya berani berkokok di luar gelanggang tetapi tidak berani apabila ada individu yang mahu berhadapan dengan mereka. Walaupun alasan yang diberikan ialah ‘NOBODY‘ atau pun buat-buat pekak bodoh dan hanya memberi reaksi kononnya hendak berdebat dengan orang yang setaraf sahaja, sudah cukup untuk membuktikan betapa gementar dan takutnya Rafizi Ramli serta Tony Pua.

Eric See-To Sedia Debat Rafizi Jika Tony Pua Berdebat Sekali

Selama ini, mereka akan cepat menggelarkan orang lain sebagai pengecut apabila cabaran debat mereka tidak dijawab, tetapi sekarang, apabila mereka sendiri dicabar untuk berdebat menggunakan isu yang mereka sendiri bangkitkan dan menjadi kegemaran, mereka pula tiba-tiba bertukar menjadi bacul.

Cabaran 2 lawan 1 yang dibuat oleh Eric See-To sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh Rafizi dan Tony Pua. Selama ini pun kedua-duanya sering bergabung, malah seringkali digambarkan sebagai pasangan yang bijak dan berkarisma.

Cabaran oleh Eric See-To itu sepatutnya digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan mereka benar-benar bijak, berkarisma, angka-angka dan fakta-fakta yang diberikan selama ini adalah tepat dan tidak boleh diragui lagi.

Malangnya, Rafizi dan Tony Pua memilih untuk menjadi PENGECUT!

Rafizi Diberi 3 Hari Untuk Pujuk Tony Pua Berdebat

Sumber: The Flying Kick