Isu Shafie Apdal Bukti PKR Hipokrit Dalam Berpolitik - CheguBard

Isu Shafie Apdal Bukti PKR Hipokrit Dalam Berpolitik – CheguBard

Isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuktikan PKR hipokrit dalam berpolitik kata ahli PKR seumur hidup yang dipecat keahliannya, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Menurutnya, ketika Shafie berstatus menteri kabinet, PKR lantang membangkitkan kes rasuah bekas Naib Presiden UMNO itu yang dikaitkan dengan seorang artis, Zahida Rafik, namun kini PKR mendiamkan diri apabila Shafie menyertai pembangkang di Sabah.

latheefa zuraida sivarasa PKR Hipokrit Isu Skandal Shafie Apdal

“Peguam PKR dan Ketua Wanita PKR anjur sidang media dedah kekayaan luar biasa si korupsi Shafie Apdhal dengan bawa saksi …Shafie beri RM1juta kepada artis Zahida..” katanya yang merujuk laporan FMT bertarikh 16 Mei 2012.

“Adakah kini bagi PKR, Shafie sudah bersih? Adakah kebenaran itu bermaksud di mana orang itu berada.. jika yang korup kawan kita senyapkan… ?!?!?!?!” soal CheguBard dalam Facebook.

Tambah CheguBard, lebih ironik lagi PKR yang kononnya berjuang untuk keadilan dan urus tadbir yang bersih mengamalkan politik tidak serupa bikin apabila memecat keahlian partinya setelah beliau mendedahkan aktiviti rasuah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Nota tapak kaki : CheGuBard ialah bekas Majlis Pimpinan Pusat PKR yang menang bertanding dipecat hanya kerana dedah korupsi kaitan MB Selangor (Timbalan Presiden PKR),” katanya lagi.

Sumber: AIDC