Jabatan Alam Sekitar Sudah Kata Tidak Selamat, Tapi Kerajaan DAP Luluskan Juga

Jabatan Alam Sekitar Sudah Kata Tidak Selamat, Tapi Kerajaan DAP Luluskan Juga

Surat penolakan bertarikh 23 Januari 2015 dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk projek di Tanjung Bungah di mana berlakunya tragedi tanah runtuh yang mengakibatkan kematian.

JAS menolak permohonan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak selamat untuk orang ramai tinggal berhampiran dan juga disebabkan oleh kuari sejak tahun 1960-an masih aktif melakukan letupan terletak terlalu hampir dengan tapak projek.

Namun, Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap meluluskan projek itu dan membenarkan projek pembinaan bangunan berkembar 50 tingkat yang sepatutnya menempatkan 980 unit untuk kediaman ribuan orang.

Sesiapa yang melihat gambar di kawasan itu dapat melihat terdapat sesuatu yang tidak kena dan tidak patut untuk membina 2 blok 50 tingkat bangunan di sana.

Ini adalah kecuaian jenayah dan dengan sengaja menyebabkan kematian. Kesalahan yang boleh menerima hukuman penjara yang lama.