clare loretta Jejak Wang Mahathir & Daim Untuk Kempen Anti Najib Terdedah?

Jejak Wang Mahathir & Daim Untuk Kempen Anti Najib Terdedah?

Apabila Tun Mahathir Mohamad mula menyerang Perdana Menteri Najib Razak dengan isu yang diciptanya iaitu 1MDB (perniagaan yang dijadikan jenayah), Najib dengan pengalaman lamanya dalam politik telah memilih untuk melawan.

Ini atas sebab pengalaman politik Najib telah lama membaca Tun Mahathir dan jadual sulitnya menyegerakan (‘sepenggalkan’) semua Perdana Menteri untuk menaikkan zuriatnya – menjaga wang tersorok atas nama kroni dan proksi dengan kuasa Perdana Menteri.

Maka pada pendapat Najib tanpa ada isu 1MDB pun Mahathir akan cari sebab atau cipta alasan lain.

Tun Musa Hitam juga ada menulis dalam bukunya – lebih baik dia pilih untuk undur dan berdiam diri dari melawan Mahathir kerana jika silap langkah dia akan di tuduh ‘berzina dengan haiwan’ pula dan penyokong fanatik Mahathir akan terus mempercayai fitnah itu.

Ini kerana Mahathir bijak menggunakan pegawai kerajaan, pegawai polis dan sewaktu dengannya. Mahathir pakar dalam fabrikasi.

Bagaimana Mahathir 'Menggerakkan' Berbilion Wangnya

Untuk menjatuhkan Najib yang enggan serah kuasa Presiden UMNO kepada Mahathir dan kuncu, Mahathir telah membelanjakan sejumlah RM2 billion untuk kempen anti Najib (ANC).

Ini termasuk bayaran serta sogokan kepada pegawai media luar negara serta agensi-agensi asing.

Baki RM3 bilion pula untuk dana pilihanraya (RM750 juta telah dibayar kepada Lim Kit Siang).

Portal Malaysia Today yang amat ditakuti oleh Mahathir sekali lagi telah mendedahkan jejak aliran wang Mahathir dan Tun Daim yang berakhir kepada DOJ dan Sarawak Report.

Sebelum ini Malaysia Today juga menuduh Mahathir telah menyogok Lim Kit Siang untuk mendapat 4 perkara.

RM750 juta adalah untuk 3 perkara dan RM250 juta belum lagi diserah kerana menunggu kerusi selamat DAP terlebih dahulu untuk secure kedudukan Mukhriz ke Parlimen.

Tidak perlu tanya apa-apa kepada Mukhriz kerana sebagai ‘kaki bercuti’ dengan keluarga ini tidak akan tahu apa-apa pun dan tidak akan diberitahu oleh “daddy” nya.

Dalam entri terbaru Malaysia Today bertarikh 10 Oktober 2017, ia ‘membogelkan’ bagaimana wang untuk bayaran dibuat dengan pelbagai cara sebelum sampai kepada penerimanya.

Modus operandi menggunakankan rangkaian bank-bank yang dimiliki oleh Tun Daim untuk menghapus jejak wang ini tetap dapat dikesan juga akhirnya.

Malaysia Today turut mendedahkan dua sidang media DOJ berkenaan 1MDB telah dibayar dan satu lagi sidang media akan dilakukan oleh DOJ sebelum PRU14 untuk digunakan sebagai bahan merosakkan reputasi Najib Razak.

Tun Mahathir sebenarnya terperangkap, apabila menjawab wang gajinya 22 tahun tidak cukup untuk membayar Lim Kit Siang, kerana Malaysia Today telah bertanya, di mana yang mereka ada berkata bayaran menggunakan wang gaji?

Malaysia Today mendakwa simpanan pada kroni dan proksi serta simpanan tersorok di luar negara telah diguna untuk membayar Lim Kit Siang dan bayaran dibuat di Hong Kong dan Singapura.

Lim Kit Siang, Tidak Dikira Rasuah Jika Benar Mahathir 'Derma' RM1 Bilion

Maka pendedahan terbaru Malaysia Today amat ditakuti oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir tahu Malaysia Today hanya diikuti oleh sedikit sahaja rakyat kerana majoriti penyokongnya  bebal “english”.

Jadi jika menyaman atau membawa ke mahkamah Tun Mahathir amat risau banyak lagi akan terdedah kerana mengetahui sikap Raja Petra Kamarudin yang menunggu jawapan dari soalan umpan.

Itulah sebab Tun Mahathir tidak menafikan sebaliknya berseloroh “gaji saya tidak cukup untuk bayar.

Jika penyokong Tun Mahathir tahu melalui mahkamah dia menyimpan deposit emas di negara tertentu dan dana berbilion dari baki forex bank Negara serta “bailout” yang tidak pernah wujud seperti didakwa oleh Malaysia Today, tentu yang jujur akan kecewa, hanya yang fanatik sahaja akan terus membelanya.

Pelayar internet boleh membaca pendedahan terbaru dan serahkan pada Tun Mahathir untuk saman (jika Tun berani): How Mahathir Moves His Billions

Sumber: TV14