Jika Statistik Rasmi Menyebelahi Pakatan, Barulah Ia Benar & Adil

Jika Statistik Rasmi Menyebelahi Pakatan, Barulah Ia Benar & Adil

Dua Ahli Parlimen Selangor – Charles Santiago DAP dan Wong Chen PKR, membantah penemuan Laporan Pendapatan Isi Rumah daripada Jabatan Perangkaan yang memperlihatkan Malaysia bertambah baik dalam peningkatan pendapatan, kesetaraan pendapatan dan pengurangan kemiskinan.

Bagaimanapun pada masa yang sama, pejabat Menteri Besar Selangor yang memetik statistik yang sama mengeluarkan satu kenyataan yang membayangkan bahawa Selangor hampir membasmi kemiskinan di negeri itu.

Oleh itu, kesimpulannya ialah apabila statistik rasmi menguntungkan BN, statistik itu berbohong dan tidak tepat.

Dan apabila statistik rasmi yang SAMA menyebelahi Pakatan, statistik itu benar dan adil.

Oleh Lim Sian See