Kelakar, Rafizi 'Dedahkan' Sesuatu Yang Pihak Berkuasa Telah Siasat & Ambil Tindakan

Kelakar, Rafizi ‘Dedahkan’ Sesuatu Yang Pihak Berkuasa Telah Siasat & Ambil Tindakan

Rafizi Ramli nampaknya tidak muncul di Himpunan Anti Kleptokrasi (dan begitu juga Azmin, yang meninggalkan acara jam 5 petang untuk menghadiri majlis makan malam).

Tetapi bukan itu sahaja, tiada langsung beliau menyebut tentang himpunan itu di Facebook dan Twitternya. Sebenarnya, beliau tidak post sebarang tweet sama sekali.

Jadi, apa cerita di sini? Adakah kerana himpunan itu juga mengumpul derma dan oleh itu anda tidak mahu membantu mempromosikan pesaing untuk INVOKE?

Kehilangan misterinya juga dapat dijelaskan oleh hakikat bahawa dalam siaran langsung sidang akhbar mengenai FELDA dua hari yang lalu di mana beliau berkata beliau menghabiskan 48 jam tanpa tidur untuk membuat kesimpulan bahawa FELDA mungkin telah membayar terlalu banyak untuk sebuah hotel di London dan mungkin terdapat rasuah atau salah laku. (Kekurangan tidur mungkin menyebabkan beliau pengsan seluruh hari)

shahrir samad Rafizi Tertidur 3 Bulan, Bukan Tidak Tidur 48 Jam - Pengerusi FELDA

Untuk itu, Pengerusi FELDA Sharir Samad kemudian menjawab:

“Yang misteri sebenarnya ialah mengapa Rafizi tertidur 3 bulan tapi sanggup tak tidur 48 jam.”

Ya, Sharir menegaskan bahawa SPRM telah lama menyiasat dan telah mengambil tindakan beberapa bulan yang lalu di mana mereka menahan dan menyoal beberapa bekas pegawai atasan dan agen hartanah Felda Investment Corp (FIC) atas pembelian ini.

Oleh itu, Rafizi terlepas perahu sekali lagi dengan mendedahkan sesuatu yang pihak berkuasa TELAH SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN serta menjadi maklumat awam beberapa bulan lalu.

Tiada Sebab Lagi Untuk Percaya 'Gurauan' Rafizi

Ini sama seperti “pendedahan” beliau dua bulan lalu bahawa FELDA terlambat membentangkan laporan tahunannya untuk 2015 – hanya untuk kemudiannya menarik semula tuntutan tersebut apabila beliau mendapati bahawa laporan tahunan FELDA 2015 sudah dibentang dan dibahaskan di parlimen – tetapi beliau nampaknya ponteng sesi itu.

Apa pun, saya fikir Rafizi sebahagiannya boleh dipersalahkan atas kehadiran di himpunan yang mengecewakan yang tidak dapat memenuhi walau 10% dari sasaran kerana beliau tidak memberikan publisiti untuk himpunan itu dan tidak perlu bersusah payah untuk muncul.

Oleh Lim Sian See