Kenyataan Mahathir Yang Paling Diingati Sepanjang Zaman

Kenyataan Mahathir Yang Paling Diingati Sepanjang Zaman

Malaysia memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ISA adalah undang-undang pencegahan. Kita menahan individu yang sedang merancang untuk melakukan jenayah atau belum melakukan jenayah. Tiada guna menahan mereka yang telah melakukan jenayah kerana mereka pastinya sudah lari dan kita tidak boleh menangkap mereka. Sebab itu Menara Berkembar Petronas masih berdiri dan World Trade Centre telah rebah. Kerana Malaysia mempunyai ISA dan US tiada. (US mendengar cakap Mahathir lalu memperkenalkan Patriot Act)

Mahathir Nyanyuk, Ordinan Darurat & ISA Sudah Tiada

Orang Melayu mempunyai sindrom rendah diri. Pegawai kerajaan yang senior yang memandu Volvo akan memanggil lelaki Cina yang mengayuh basikal menjual botol lama sebagai ‘tokey’. (Pada zaman dulu kita ada pengumpul barang lama yang pergi dari rumah ke rumah menaiki basikal mengumpul botol, akhbar lama dan banyak lagi. Dikatakan Low Yat, yang membina Hotel Federal, hotel 5 bintang pertama pra merdeka, memulakan empayar perniagaannya sedemikian sebelum menjadi jutawan)

mahathir Tak Percaya 'Ketuanan Melayu' Tapi Tubuhkan Parti Melayu Pula

Malaysia tidak perlukan PAS. Malaysia memang sudah tersedia negara Islam. (Mahathir kemudian mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara Islam konservatif)

Kenapa orang Muslim suka menyimpan jambang? Zaman dulu tiada pisau cukur Gillette sebab itu Nabi Muhammad berjambang. (Sebenarnya lama sebelum Nabi lahir lagi umat Islam sudah mencukur kepala ketika mengerjakan haji jadi sudah pasti ada pisau cukur walaupun bukan Gillette)

Dasar Penswastaan Mahathir & Anwar Jadi Dasar Kronisme

Kita bawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO supaya beliau tidak menyertai PAS. Jika beliau sertai PAS, sudah pasti kita akan ada banyak masalah. Kita fikir selepas beliau sertai UMNO kita boleh kawal beliau. Jadi apabila beliau merancang untuk menyingkirkan saya, maka kita perlu hapuskan beliau. (Sebelum itu Mahathir menyebut Anwar perlu disingkirkan kerana beliau adalah gay)

Banyak tuduhan telah dilemparkan kepada saya tapi tiada yang dapat dibuktikan.

Najib mesti membuktikan beliau tidak merompak 1MDB.

Pembangkang pun turut melakukan perkara yang sama. (Apabila ditanya oleh wartawan pada 29 November 1999 tentang 2,000 pengundi hantu didedahkan di kawasan parlimen beliau)

Dr Mahathir Maki Saya Tunku Abdul Rahman

Raja-Raja Melayu menjual negara apabila bersetuju dengan Malayan Union. UMNO yang telah menyelamatkan negara apabila memaksa British menamatkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

British telah memperdaya Raja-Raja Melayu untuk menandatangani Malayan Union.

Malaysia telah dijajah kerana orang Melayu yang berpecah. Jika orang Melayu berpecah lagi Malaysia akan hilang kemerdekaan dan kedaulatan dan orang lain akan datang menjajah negara ini.

Orang Melayu marah kerana orang Cina terlalu diberi muka. Sebab itu mereka mengamuk pada 13 Mei 1969. (Surat terbuka Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia, menyalahkan Tunku atas peristiwa hitam itu)

lim kit siang DAP Dakap Mahathir Untuk Ganti Kehilangan PAS - Penasihat SUARAM

Najib terlalu beri muka kepada orang Cina. Asas undi UMNO adalah Melayu, tetapi Najib tidak menjaga orang Melayu dan banyak membazir masa dengan orang Cina. (Kritikan Mahathir terhadap Najib selepas PRU 2013)

Mengapa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) mendengar cakap Singapura? Jika Singapura tidak mahu merobohkan tambak dan menggantikannya dengan jambatan maka kita boleh bina jambatan separuh (jambatan bengkok) di sebelah kita. Kita tak perlu sentuh bahagian Singapura.

Kenapa Najib dengar cakap Singapura (berkaitan hal jambatan bengkok)? Ada apa Najib dan Singapura? Mesti ada rahsia Najib yang Singapura pegang jika dia dengar cakap Singapura. Kenapa Singapura nak suruh kita buat itu ini di dalam kawasan kita?

Kenapa pihak barat marah kita banyak menebang pokok? (akibat pembalakan haram dan pembinaan empangan Bakun di Sarawak). Sebab mereka sudah menebang semua pokok mereka dan mereka tiada pokok lagi. Jadi mereka mahu kita pulihara hutan untuk mereka. Jika mereka taknak kita tebang pokok mereka patut bayar kita ganti rugi. Kita perlu tebang pokok untuk mendapatkan hasil.

Kerajaan PAS Kelantan sendiri tak mampu nak bekalkan air bersih kepada rakyat. Air di Kelantan begitu kotor, ibarat air teh keluar dari paip. Kes taun di Kelantan adalah tertinggi di Malaysia dan ramai meninggal dunia setiap tahun. Mereka mahu RM600 juta untuk menaiktaraf bekalan air. Baik kita guna wang itu untuk tujuan yang lebih baik. Jika mereka mahu RM600 juta, undi UMNO pada PRU akan datang.

Orang Melayu telah banyak berkorban. Kita bersetuju memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India dan majoriti kita turun dari 95% kepada 50%.

Lim Kit Siang adalah rasis.

Anwar Ibrahim adalah peliwat.

Sultan Kelantan adalah penyeludup.

Najib adalah lanun bugis.

Sumber: Malaysia Today