Kenyataan Separuh Benar & Propaganda Tidak Boleh Sembunyikan Masalah Pulau Pinang

Kenyataan Separuh Benar & Propaganda Tidak Boleh Sembunyikan Masalah Pulau Pinang

Percubaan YB Ong Kian Ming untuk memutar belitkan prestasi ekonomi Pulau Pinang di bawah DAP dengan kenyataan separuh benar dan data terpilih tidak boleh menyembunyikan prestasi buruk Pulau Pinang sejak tahun 2008.

YB Ong Kian Ming secara tepat menyatakan bahawa data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2016 menunjukkan KDNK per kapita Pulau Pinang (kecuali Labuan dan Putrajaya) menduduki tempat kedua tertinggi di Malaysia selepas KL.

lim lip eng ong kian ming Pergi Periksa Pula Kenapa Kos Kajian Saja Sudah RM1.01 Juta Setiap 100 Meter

Apa yang tidak dinyatakan oleh beliau ialah pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telah pun menduduki tempat kedua tertinggi atas dasar BN yang sebelum ini berjaya menarik syarikat-syarikat gergasi elektronik untuk menubuhkan tapak kilang di sana – menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport elektronik ketiga terbesar di dunia sehingga digelar “Pulau Silikon”.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia yang sama untuk tahun 2007 menunjukkan KDNK per kapita mengikut negeri, Kuala Lumpur adalah RM44,801, diikuti oleh Pulau Pinang dengan RM31,039 dan Selangor sebanyak RM25,481.

Menjelang tahun 2016, Kuala Lumpur telah mencecah RM101,420, Pulau Pinang masih di tempat kedua pada RM47,322 manakala Selangor telah mengurangkan jurang dengan Pulau Pinang dan kini menghampiri dengan RM44,816.

KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3% atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7% daripada Kuala Lumpur.

Ini kerana Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ke-3 yang terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.

Apakah Pulau Pinang Bakal Jadi Negeri Gagal?

Adalah diketahui umum bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur – oleh itu, pendapatan yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan dengan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda Pulau Pinang mencari pekerjaan yang lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Oleh kerana Kerajaan Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj tertinggi ke atas pemaju, banyak rumah baru di Pulau Pinang kini lebih mahal daripada rumah-rumah di Kuala Lumpur yang tidak mampu dibeli oleh penduduk tempatan.

Kebelakangan ini, EXCO Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dengan bangganya mengumumkan bahawa projek rumah mampu milik pertama oleh kerajaan negeri terdiri daripada 520 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun ini untuk didiami pada tahun 2018. Saya hairan bagaimana kerajaan negeri berasa bangga secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya akan menyerahkan unit pertamanya (dan hanya 520 unit) setelah 10 tahun berkuasa?

YB Ong Kian Ming dengan bangganya menyatakan bahawa Pulau Pinang mempunyai pendapatan isi rumah median dan min ke-5 tertinggi bagi tahun 2016 – selepas KL, Selangor, Johor dan Melaka.

Namun, YB Ong Kian Ming tidak menyatakan keadaan sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telah pun mempunyai pendapatan isi rumah median dan min yang lebih tinggi daripada Johor dan Melaka – ini bermakna Johor dan Melaka telah mengatasi Pulau Pinang selepas DAP mengambil alih.

YB Ong Kian Ming juga tidak menyatakan bahawa pendapatan isi rumah median tahun 2016 juga menunjukkan bahawa Pulau Pinang kini telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan – secara rasminya ini menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang mempunyai pendapatan isi rumah purata di bawah paras purata.

YB Ong Kian Ming juga tidak memberitahu anda semua bahawa Pulau Pinang telah kehilangan tempat pertama bagi pelaburan sejak tahun 2011 dan telah diatasi oleh negeri-negeri lain di sepanjang 6 tahun yang lepas.

lim guan eng Apabila Kerajaan DAP Didesak Dedah Perjanjian, Banyak Pula Alasan

Penutupan kilang pada baru-baru ini di Pulau Pinang yang disebut oleh YB Ong Kian Ming di mana nama syarikat-syarikat terkenal yang lama bertapak telah tutup dan berserta dengan pelaburan baru yang lebih rendah adalah satu lagi hentaman terhadap Pulau Pinang – ini menghadkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Pulau Pinang yang menyebabkan mereka jatuh ketinggalan berbanding dengan semua negeri dalam aspek pendapatan isi rumah.

Walaupun ekonomi Pulau Pinang kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri yang lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah mengatasi semua negeri dalam soal perbelanjaan operasi tahunan negeri yang telah melonjak ke 500% sejak tahun 2008 kerana Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan wang dengan secara melampau ke atas lebuh raya yang melangkaui harga asalnya, RM305 juta dalam “kajian” dan projek lain.

YB Ong Kian Ming harus memperakui masalah itu dan berhenti membantu Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menutup dan memutar belitkan prestasinya yang kurang baik.

Oleh Liang Teck Meng,
Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia