chow kon yeow maimunah Kerajaan DAP Pulau Pinang Akui Jabatan Alam Sekitar Tidak Beri Sokongan

Kerajaan DAP Pulau Pinang Akui Jabatan Alam Sekitar Tidak Beri Sokongan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui Jabatan Alam Sekitar negeri tidak menyokong projek “Granito @ Permai” di mana berlakunya kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 pekerja binaan.

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Rumah Mampu Milik Atau Kondominium Mewah?

EXCO Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagaimanapun meluluskan projek berkenaan berdasarkan ulasan dari jabatan teknikal lain yang terbabit.

Chow Kon Yeow, berkata projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut beliau, antara agensi yang memberikan persetujuan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Satu 'Kemalangan' Juga Projek Hartanah 50 Tingkat Tepi Cerun Diluluskan?

“Dalam surat JAS kepada perunding, ya, JAS memang tidak menyokong projek berkenaan. Namun, apabila kita masuk Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 18 Februari 2015, ada 20 agensi yang memberi ulasan lain. Malah JMG sendiri memberi kelulusan untuk projek ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Dalam tragedi runtuhan tanah di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Sabtu lalu, 11 pekerja binaan disahkan maut, termasuk seorang mangsa rakyat tempatan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan kesal dengan kelulusan itu kerana Jabatan Alam Sekitar memutuskan untuk tidak menyokong atas alasan tapak pembinaan terletak berhampiran kuari di atas bukit.