Komuniti Perniagaan Di Kelantan Tetap Mahu ECRL

Komuniti Perniagaan Di Kelantan Tetap Mahu ECRL

Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah perubahan yang sudah lama diharapkan oleh masyarakat perniagaan Kelantan, walaupun pelbagai kontroversi menyelubungi projek bernilai RM60 bilion itu.

Bagi industri kecil dan sederhana yang bergelut untuk terus bertahan di negeri agak mundur itu, ECRL mampu merapatkan jurang logistik yang menghalang kemampuan Kelantan untuk membawa masuk pelaburan.

Dewan perniagaan Melayu dan Cina di Kelantan memberitahu The Malaysian Insight bahawa kekurangan lebuh raya besar dan landasan kereta api menghubungkan negeri itu dengan Terengganu menjejaskan potensi ekonomi negeri.

ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa

“Jadi bila tiada lebuh raya, ia sudah tentu amat berisiko kepada perniagaan kerana masa lama untuk menghantar barang, “ katanya Presiden Persatuan Dewan Perniagaan Cina Kelantan Yap Heng Orr kepada The Malaysian Insight.

“Kalau ada ECRL, sudah tentu akan lebih ramai pelabur yang datang, sebab mereka akan lebih untung membuka kilang di sini kerana harga tanah dan tenaga kerja jauh lebih murah.”

Yap berkata Kelantan berkongsi sempadan dengan Thailand dan kos untuk membuka dan mengendalikan kilang jauh lebih rendah berbanding negeri lain.

Katanya, ECRL akan merangsang ekonomi negeri dan secara tidak langsung ia memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Ia akan menjana ekonomi sebab rakyat ada pendapatan maka menaikkan kuasa beli mereka dan peniaga akan datang membuka kedai mereka di sini, faktor itu semua berkaitan,” kata ahli perniagaan pengedaran bahan binaan itu.

najib ecrl Pertumbuhan Sebenar Di Pantai Timur, Pembangkang Mahu Menyoal Manfaatnya?

Rakannya di Dewan Perniagaan Melayu Kelantan Wan Zulkifli Wan Abdullah berkata mereka optimistik mengenai ECRL.

“ECRL akan membawa perubahan dan menarik lebih banyak pelaburan. Tetapi kami tidak dapat bayangkan berapa besar kesannya kerana kami dengar kadar tambangnya yang tinggi,” katanya.

ECRL ialah projek mega kerjasama China-Malaysia yang juga sebahagian daripada inisiatif infrastruktur China, “One Belt, One Road” dengan matlamat untuk mengembangkan pengaruh ekonomi dan perdagangannya di wilayah ini.

ECRL akan bermula dari Gombak, Selangor merentasi 23 stesen di Pahang, Terengganu dan Kelantan dan dijangka siap pada 2024.

Ia dikatakan mampu memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan 4 jam. Pada masa ini perjalanan kereta api perjalanan yang sama mengambil masa antara 8 dan 12 jam.

Kerja pembinaan di Kelantan sudah bermula di mana 445 hektar tanah sudah diperoleh.

Fasa pertama di bahagian Kelantan membabitkan perjalanan 46km bermula di sempadan Kelantan-Terengganu dengan tiga stesen akan dibina di Tok Bali, Jelawat dan Tunjong.

Fasa kedua di negeri itu pula ialah landasan sejauh 24km dengan dua stesen akan dibina di Wakaf Baru dan Pengkalan Kubor, di Tumpat.

Pembangkang & Pengkritik ECRL, Sila Jawab 2 Soalan Ini Dahulu

Balak, makanan dan kosmetik

Kekurangan pelaburan luar dalam ekonomi Kelantan terlihat dalam laporan kewangannya.

Laporan Penyata Kewangan Negeri Kelantan bagi tempoh 2014 dan 2015 menunjukkan Kelantan mencatatkan  penurunan iaitu RM18.52 juta (2014 ) kepada RM15.56 juta (2015).

Jabatan Perangkaan Malaysia pada April lalu mendedahkan rakyat Kelantan antara negeri yang memperoleh pendapatan per kapita terendah.

Walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya meningkat hampir dua kali ganda bagi tempoh 2005 hingga 2015, purata pendapatan penduduk Kelantan hanya 1/3 daripada KDNK per kapita negara.

Contohi Melayu Kelantan Jadi Bangsa Usahawan

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob semasa membentangkan bajet 2017 pada Oktober lepas berkata kebergantungan pendapatan hasil di negeri itu ialah melalui hasil hutan iaitu sebanyak RM172.96 pada 2016.

Hasil hutan lain meliputi royalti kayu-kayan dijangka menyumbang RM30 juta, bayaran jabatan hutan (RM22 juta), permit lesen perhutanan (RM1.5 juta) dan premium perhutanan (RM70 juta).

Wan Zulkifli berkata perniagaan di Kelantan yang paling stabil ialah makanan dan kosmetik.

“Dua sektor ini dilihat stabil dan mempunyai permintaan tinggi berbanding sektor lain yang kita lihat terkesan dengan kelembapan ekonomi,” katanya.

Sumber: Malaysian Insight