Laporan Bank Dunia Yang Terbaru Adalah Berita Baik Untuk BN, Bukan Sebaliknya

Laporan Bank Dunia Yang Terbaru Adalah Berita Baik Untuk BN, Bukan Sebaliknya

Saya merujuk kepada artikel diterbitkan anda baru-baru ini yang bertajuk “Latest World Bank report bad news for BN” di mana penulis itu disebut sebagai “Athena Athena adalah pembaca The Malaysian Insight”.

Walaupun saya menghormati keputusan The Malaysian Insight untuk membenarkan pembaca anda menyuarakan pendapat mereka, saya percaya penelitian dan pengawasan yang lebih baik harus diambil untuk mengelakkan propaganda yang jelas bermotivasikan politik yang mengelirukan untuk diterbitkan.

Dari ayat pertama lagi, artikel itu sudah pun salah. Pautan ke laporan Bank Dunia yang diberikan dalam artikel membuka sebuah laporan yang tidak mengatakan sebarang perkara yang negatif pun tentang Malaysia.

Malah, satu-satunya nama Malaysia yang disebut dalam pautan itu ialah “Thailand dan Malaysia dijangka tumbuh dengan lebih pesat berbanding jangkaan, ekoran eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan bagi Thailand, dan peningkatan pelaburan bagi Malaysia.”

Bagaimana itu dianggap “berita buruk untuk BN” adalah satu misteri besar.

Artikel itu kemudiannya menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% bagi tahun 2018 dan 4.8% bagi tahun 2019.

Bagi negara berpendapatan pertengahan atas, yang mana Malaysia dikategorikan, pertumbuhan 4.8% dan 5% dianggap sangat baik.

Lihat Singapura contohnya, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura meramalkan ekonominya berkembang antara 2% dan 4% sehingga tahun 2020, manakala Bank Pembangunan Asia meramalkan ekonomi Singapura berkembang pada 2.7% bagi tahun 2018.

Baru sahaja minggu lepas Bank Dunia mengadakan taklimat media di mana ia mengumumkan bahawa ia telah meningkatkan unjuran pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini.

Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% bagi tahun 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.

Dalam taklimat media itu, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record telah banyak memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan: “Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta.”

Oleh itu, adalah munasabah untuk menjangkakan Bank Dunia untuk juga menaikkan unjuran KDNK kita bagi tahun 2018 dan 2019 dalam masa yang terdekat – memandangkan peningkatan dua kali unjuran kita tahun ini serta pertumbuhan kukuh yang kita alami pada masa ini.

Lebih mengecewakan lagi adalah komen Athena Athena bahawa “tidak seperti negara-negara jiran Asianya, Malaysia masih belum memasuki sama ada G20 atau kumpulan KDNK trilion dolar (sasaran terbaru Barisan Nasional ialah trilion ringgit).”

Dua Pelaburan Baru, Petunjuk Keyakinan Negara Tidak Akan Bankrap & Gagal

Ini menunjukkan bahawa “Athena Athena” mempunyai pemahaman yang sangat cetek tentang bagaimana KDNK berfungsi.

Semakin besar populasi sesebuah negara, semakin besar jumlah KDNK negara.

Memang benar bahawa Indonesia, dengan penduduknya seramai 261 juta dan hampir 8 setengah kali ganda lebih besar daripada Malaysia, mempunyai KDNK hampir US$1 trilion (RM4.23 trilion).

Walaupun Thailand mempunyai penduduk yang lebih daripada dua kali ganda jumlah penduduk Malaysia, KDNK Thailand masih jauh dari US$1 trilion dan berada pada US$407 bilion bagi tahun 2016 berbanding US$296 bilion untuk Malaysia.

Sebagai perbandingan, KDNK Singapura pada 2016 adalah US$297 bilion – masih jauh dari US$1 trilion.

Satu cara yang lebih baik untuk membandingkan Malaysia dengan negara jiran kita adalah dengan menggunakan KDNK per kapita dan bukannya jumlah KDNK. Penggunaan metrik ini akan menunjukkan bahawa KDNK per kapita Malaysia masih jauh di hadapan Thailand dan Indonesia.

KDNK Malaysia dalam nilai dolar US telah terjejas oleh kadar pertukaran yang lemah tetapi mengetepikan kesan daripada kadar pertukaran yang naik dan turun itu, KDNK Malaysia dengan menggunakan terma Parity Power Purchasing (PPP), istilah yang lebih banyak digunakan, telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik sejak tahun 2009.

Undilah Pakatan Untuk Pembangunan Ekonomi Terlalu Kecil, Terlalu Perlahan & Terlalu Lewat

Motif Athena Athena dalam “suratnya” sebagai propaganda yang mengelirukan juga tidak tercapai kerana dia menulis “kadar pengangguran belia Malaysia telah meningkat hingga 12.1%” dan kemudian memberikan pautan ke halaman statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sekiranya pembaca klik pada pautan yang disediakan olehnya, mereka akan melihat bahawa purata global untuk pengangguran belia adalah 13.56% – menunjukkan bahawa Malaysia berada di bawah purata global.

Sementara kerajaan meneruskan langkah-langkah untuk menyelesaikannya, pengangguran belia pastinya bukanlah satu masalah yang unik hanya kepada Malaysia, dan juga bukanlah isu yang baru, kerana ia telah wujud sejak zaman Tun Mahathir.

Malah, pautan yang sama yang diberikan olehnya akan menunjukkan bahawa purata kadar pengangguran belia untuk negara-negara OECD adalah 14%, bagi semua negara yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi ialah 15.2% sementara untuk seluruh kawasan Euro ialah 23.6%.

Bukti bahawa artikel Athena Athena merupakan tidak lebih daripada satu propaganda pembangkang adalah apabila dia menyatakan bahawa “PM Najib terkenal kerana memalsukan data ekonomi dalam ucapannya” dan memberikan pautan kepada artikel yang ditulis oleh bekas pembantu kepada bekas Menteri Besar PKR Selangor.

Sekiranya anda klik pada pautan yang dia berikan dan membacanya, anda akan dapati bahawa artikel itu tidak mengatakan apa-apa mengenai PM Najib “memalsukan data” tetapi hanya analisis statistik tertentu yang juga tidak disebut Najib dalam ucapannya.

Pakar Ekonomi Pertahan Dasar Ekonomi Najib

Mari kita memberi tumpuan kepada prestasi sebenar kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh PM Najib.

Sejak tahun 2009, ekonomi Malaysia telah mengenepikan Kemelesetan Ekonomi Global pada tahun 2008 – yang paling teruk sejak kemelesetan tahun 1930-an – dan kejatuhan 70% dalam harga eksport komoditi utama kita dan terus berkembang sementara mengekalkan kadar pengangguran yang rendah.

Dalam 48 tahun sejak tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah mengatasi Singapura hanya 5 kali manakala Singapura mengatasi kita sebanyak 43 kali.

Tetapi sejak tahun 2011, kita telah mengatasi Singapura selama 6 tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, akan terus mengatasi jiran kita sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

5 kali dalam 48 tahun berbanding 6 kali daripada 6 tahun (setakat ini). Anda kiralah sendiri. Keputusan tidak menipu.

Ini bukan berlaku secara tidak sengaja tetapi adalah hasil dari dasar yang betul dan transformasi ekonomi yang sukar tetapi perlu dan memperbetulkan banyak kesilapan dasar masa lalu oleh kerajaan Mahathir.

Suara Rakyat Terus Mahu Tipu Rakyat Yang Kurang Faham Ekonomi

Tanpa memberi kesan kepada kebebasan akhbar, saya mendesak pasukan The Malaysian Insight menjadi lebih kritikal terhadap surat dari pembaca seperti itu pada masa akan datang untuk menghalang portal anda yang semakin berkembang itu daripada menjadi platform untuk “berita palsu” atau propaganda yang jelas mengelirukan.

Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan untuk membuat kesimpulan mereka sendiri sama ada laporan Bank Dunia adalah berita baik atau berita buruk bagi Barisan Nasional: World Bank East Asia and Pacific Economic Update October 2017

Ia adalah berita baik dengan pujian yang hebat dari Bank Dunia ke atas ekonomi kita, pembaharuan dasar kita, dan prospek akan datang kita.

Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional