Lim Kit Siang Menyamarkan Cita-Cita Sebenarnya

Lim Kit Siang Menyamarkan Cita-Cita Sebenarnya

Walaupun semua penafian olehnya, Lim Kit Siang tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa beliau adalah pemimpin De Facto DAP dan DAP, dengan jumlah kerusi terbanyak, yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan. Maksudnya beliau akan menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan sebagai pemimpin De Facto parti dengan bilangan kerusi yang paling banyak, pilihan semulajadi bagi Perdana Menteri akan menjadi Lim Kit Siang sendiri.

Diktator Seperti Lim Kit Siang Tidak Akan Bersara, Hanya Drama Tagih Simpati

Lim Kit Siang dengan bijak telah mengetepikan Anwar Ibrahim dari jawatan tertinggi dan berjaya menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyamarkan hasrat politiknya. Itulah sebabnya Mahathir sangat sensitif mengenai perkara itu, dan setiap kali seseorang bercakap mengenai Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi orang pertama yang menafikan dakwaan itu dan mempertahankan Lim Kit Siang.

Semasa Pakatan Rakyat dibubarkan, Lim Kit Siang yang membuat keputusan itu bersendirian dan Lim Kit Siang yang memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan PAS walaupun PKR enggan. Sejarah Pakatan penuh dengan contoh di mana Lim Kit Siang dan bukannya Pakatan yang memutuskan apa yang berlaku. Ini akan diulang dalam kes siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum. Rekod prestasi Pakatan sendiri telah membuktikannya.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia