Lim Kit Siang Sudah Terlalu Letih Untuk Berfikir, Terpaksa Guna Mahathir

Lim Kit Siang Sudah Terlalu Letih Untuk Berfikir, Terpaksa Guna Mahathir

Setelah sekian lama dalam bidang politik, jelaslah Lim Kit Siang kini sudah terlalu letih untuk berfikir. Ini saja rasional di sebalik kesanggupan beliau untuk bekerjasama dengan musuh ketat beliau, Tun Mahathir Mohamad, dan menjilat semula ludah beliau demi memuaskan nafsu politik.

Mahathir Berlakon Kerana Takut RCI, Lim Kit Siang Berlakon Kerana Takut ROS

Maruah beliau sudah tiada lagi; nilai politik beliau telah jatuh menjunam. Sudah pasti, semua orang nampak kecuali beliau sendiri. Tiada siapa lagi yang mengambil serius terhadap beliau, lebih-lebih lagi komuniti Cina yang selama ini telah terpedaya dengan permainan politik beliau selama bertahun-tahun.

Apa yang telah beliau tunjukkan selama bertahun-tahun memimpin parti DAP? Beliau gagal untuk jatuhkan kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam lebih 10 pilihan raya umum. Di negara-negara lain, pemimpin politik yang gagal seperti ini sudah pastinya akan diketepikan, jika tidak dipecat atau dibuang dari jawatan dalam parti. Tapi nampaknya DAP tidak berani untuk buat apa yang sepatutnya. Apa pun keputusan yang dibuat oleh DAP, sudah pasti BN akan mendapat kelebihan.

Oleh Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional