Mahathir & Anwar Boleh Lupakan, Lim Kit Siang Akan Jadi PM Jika Pakatan Menang

Mahathir & Anwar Boleh Lupakan, Lim Kit Siang Akan Jadi PM Jika Pakatan Menang

Lim Kit Siang, pemimpin parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), akan menjadi Perdana Menteri Malaysia jika pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam satu temu bual dengan Channel NewsAsia, menteri itu, yang sedang melonjak naik berkata, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang mengetuai pakatan pembangkang itu mahupun pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim, tidak akan memimpin negara sekiranya pembangkang menang.

mahathir anwar wan azizah Satu Parti Tiga 'Kepala', Logo Ciplak, Janji Kitar Semula, Pakatan Harapan Penuh Komedi

“Sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang, Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, bukan Tun Dr Mahathir seperti yang selalu digambarkan Lim Kit Siang. Beliau (Lim) perlu menggunakan Tun Mahathir untuk memenangi pilihan raya itu. Tun Mahathir boleh melupakan jawatan itu. Anwar Ibrahim boleh melupakan jawatan itu. Ia akan menjadi milik Lim Kit Siang. Oleh itu, untuk memahami politik Malaysia, tumpukan kepada lelaki ini,” kata Abdul Rahman.

Pilihan raya umum ke-14 Malaysia mesti diadakan menjelang Ogos 2018.

Menurut Abdul Rahman, DAP akan memenangi kerusi terbanyak dalam parti pembangkang yang dianggotai empat parti itu yang terdiri daripada DAP, PKP Anwar Ibrahim, PPBM Mahathir dan PAN, yang diketuai oleh Mohamad Sabu.

“Jika anda melihat mana-mana negara demokratik, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri mestilah mempunyai bilangan kerusi terbanyak dalam Parlimen. Tidak mungkin parti Tun Mahathir akan mendapatkan lebih banyak kerusi Melayu berbanding bilangan kerusi Cina yang diperolehi DAP,” kata Abdul Rahman.

Diktator Seperti Lim Kit Siang Tidak Akan Bersara, Hanya Drama Tagih Simpati

Pada pilihan raya umum yang lepas pada tahun 2013, pakatan itu memenangi 89 daripada 222 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional memenangi 133 kerusi.

Daripada 89 kerusi, DAP memenangi 38 kerusi diikuti PKR dengan 30 kerusi.

Lim Kit Siang dan Dr Mahathir sama-sama menolak idea bahawa pemimpin bukan Melayu yang akan menjadi Perdana Menteri negara ini.

Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong menolak dakwaan Menteri itu dan mengatakan bahawa ia adalah “karut semata-mata”.

“Ini (Lim menjadi Perdana Menteri) adalah tidak masuk akal. Ia hanyalah membuang masa sahaja,” katanya kepada Channel NewsAsia.

“Adakah anda fikir Mahathir akan membiarkan Lim Kit Siang memanipulasinya?” tambahnya.

Sumber: Channel News Asia