Mahathir Wajar Bubarkan PPBM, Masuk DAP

Mahathir Wajar Bubarkan PPBM, Masuk DAP

Kenyataaan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP adalah salah, dilihat menimbulkan pelbagai persoalan ke atas pendirian sebenar beliau semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurut Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kesedaran oleh Dr Mahathir sepatutnya ditunjukkan dengan meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran gabungan pembangkang, Pakatan Harapan Johor di Tampoi pada Jumaat.

Lim Kit Siang Tidak Akan Sertai Pakatan Jika Tidak Untungkan DAP

“Yang jelasnya, beliau sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini.

“Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik beliau hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam blognya hari ini.

Dalam ucapan pada hari berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat kenyataan bahawa DAP bukan parti cauvinis, sebaliknya adalah parti berbilang kaum selepas mendekati mereka.

Tun M Kaitkan Rasulullah, DAP Ketawa Gembira

Mengulas lanjut, Salleh berkata ucapan Dr Mahathir dalam majlis berkenaan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Antaranya ialah jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP?

“Dan jika Dr Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi pada kali ini,” soal bekas Speaker DUN Sabah itu.

Sumber: AIDC