Najib Bukan Lanun Tetapi Mahathir Adalah Kleptokrat

Najib Bukan Lanun Tetapi Mahathir Adalah Kleptokrat

“Semasa perhimpunan itu, Mahathir berkata ‘mungkin beliau boleh menjejak keturunannya dari lanun Bugis. Entah bagaimana, beliau tersesat dan datang ke Malaysia. Baliklah ke Bugis (Sulawesi)!‘ Dan orang-orang Pakatan yang hipokrit itu bersorak,” kata LSS.

Di Mana Klepto-Mahathir Menyembunyikan RM100 Bilionnya

Ya, ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sama yang mengatakan beliau tidak memerlukan undi Cina untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian tewas kerusi Kota Setar Selatan kepada bekas Presiden PAS Yusof Rawa kerana orang Cina lebih suka mengundi PAS berbanding untuk Mahathir.

Seperti yang dikatakan oleh LSS, ‘orang-orang Pakatan yang hipokrit itu bersorak’ ketika Mahathir menghina Bugis dengan menggelar mereka lanun. Sudah tentu, ketika LSS mengatakan ‘orang-orang Pakatan yang hipokrit itu bersorak’, pada hakikatnya beliau merujuk kepada hadirin yang kebanyakannya Cina, atau penyokong Cina DAP.

Tetapi orang Cina DAP ini suka perkara seperti itu. Itulah sebabnya Superman Hew Kuan Yau dan Mat Sabu sangat popular di kalangan orang Cina DAP. Superman Hew dan Mat Sabu adalah pakar dalam menggunakan bahasa kasar dan dalam menghina orang. Jadi, Cina DAP suka Superman Hew dan Mat Sabu yang sama-sama tidak sensitif seperti mereka. Orang Melayu memanggil mereka ‘orang takde class’.

Hew Kuan Yau Dedah Mahathir Adalah Alat DAP Untuk Dapat Undi Melayu

Mengikut ‘sumber dalaman’ saya, DYMM Sultan Selangor sangat kecewa kerana Mahathir terus memanggil Bugis sebagai lanun. Tuanku sangat bangga dengan keturunan Bugisnya dan Mahathir yang berterusan memanggil Bugis sebagai lanun menyebabkan Tuanku tidak puas hati.

Pakatan Harapan telah membuat musuh yang sangat kuat di Selangor. Jadi semoga mereka berjaya mencuba untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Saya rasa Tuanku akan menunjukkan bagaimana ‘lanun Bugis’ mengendalikan musuh-musuhnya apabila Pakatan perlu membentuk Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Sekiranya Pakatan menganggap Sultan ‘lanun Bugis’ dari Johor adalah berbahaya, tunggu dan lihat apa yang Sultan ‘lanun Bugis’ dari Selangor boleh lakukan.

Dan itulah sebabnya kebanyakan orang Melayu Selangor dan ahli-ahli Keluarga Diraja Selangor berdiri di belakang Tuanku – kerana Tuanku adalah seorang pejuang. Apa yang Tuanku perlu lakukan hanyalah melaungkan ‘pertahankan Selangor’ dan perang sivil akan meletus. Selangor telah menyaksikan banyak peperangan sivil sejak 200 tahun yang lalu sejak zaman Sultan Abdul Samad sehinggakan perang sivil adalah suatu yang biasa sahaja bagi orang Selangor. Bukankah Selangor juga adalah tempat di mana perang sivil yang terakhir meletus pada 13 Mei 1969?

Yap Ah Loy: Ketua kongsi gelap, bapa ayam, dan pengendali sarang candu (opium), yang melakukan pusingan-U untuk mencari makan atau ‘makan dedak’, sama seperti Lim Kit Siang

Ya, jangan main dengan orang Selangor. Semasa salah satu perang sivil di Selangor, Raja Mahadi meletakkan Yap Ah Loy sebagai Kapitan China yang baru (bukan oleh British, seperti yang dipercayai). Tidak lama selepas itu menantu Sultan, Tengku Kudin, menawan Kelang dan Yap Ah Loy melakukan pusingan-U dan mengiktiraf kuasa Tengku Kudin (Yap Ah Loy ini bijak dalam seni cari makan atau ‘makan dedak’).

Ahmad Faiz Faiza menambah ini pada cerita hari Sabtu itu:

Mahathir kemudian membuat kenyataan yang lebih teruk yang menghina terutama terhadap Najib, isterinya Rosmah, keluarganya dan juga membandingkannya dengan Tun Razak. Sedih untuk melihat seorang negarawan perlu mengambil tindakan yang tidak adil seperti itu terhadap lawannya. Ia menjadi lebih buruk apabila beliau mendakwa pencurian dan kleptokrasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini di negara ini. Semestinya Lim Kit Siang dan Mat Sabu lebih mengetahui. Sekarang mereka seolah-olah telah dijangkiti ‘amnesia terpilih’ yang sama yang kadang-kadang dihidapi Mahathir.

Beliau membuat kenyataan mengenai Bugis adalah lanun, sebagai merujuk kepada nenek moyang Najib. Dan dengan Selangor dan Johor yang mempunyai populasi Bugis terbesar di kalangan orang Islam, ada yang tertanya-tanya sama ada Mahathir telah memutuskan untuk memberi kedua-dua negeri itu, terutama Selangor, kembali kepada BN atau PAS. Sorakan dari orang ramai terutamanya orang Cina ketika Mahathir membuat kenyataan sedemikian hanya menyebabkan penonton Islam dalam talian untuk melihat mereka bukan sahaja sebagai bersifat perkauman, anti-Melayu, anti-Islam, dan lain-lain, tetapi juga anti-Monarki, kerana Sultan Selangor adalah dari keturunan Bugis.

Bolehkah PH benar-benar memenangi Putrajaya? Saya tidak rasa mereka boleh. Malah, PH mungkin sudah berada di bawah tekanan yang besar untuk mengekalkan Selangor. Terutama apabila anda menggelar Bugis, yang merupakan majoriti Muslim dan Melayu di Selangor, malah Sultan Selangor adalah Bugis, sebagai lanun. Bayangkan memanggil semua orang Cina sebagai kongsi gelap, pengedar dadah opium dan pelacur. Atau semua orang India sebagai pekerja ladang.


Baca juga: Bagaimana Mahathir ‘Menggerakkan’ Berbilion Wangnya
Baca juga: Di Mana Klepto-Mahathir Menyembunyikan RM100 Bilionnya

Sangat ironi bahawa tema perhimpunan Sabtu lalu adalah kleptokrasi. Mahathir disenaraikan sebagai kleptokrat kedua terbesar selepas Hosni Mubarak dari Mesir, dan lebih tinggi daripada Suharto dari Indonesia dan Marcos dari Filipina. Mahathir mesti tidak tahu malu berdiri di atas pentas menjerit-jerit tentang bagaimana negara ini dirompak sedangkan beliau dan Tun Daim Zainuddin yang merompak pembayar cukai Malaysia sebanyak RM160 bilion dan meletaknya di lebih daripada 50 bank di seluruh dunia.

Dan untuk melihat orang-orang seperti Lim Kit Siang dan orang-orang Cina DAP lain yang bertepuk tangan dan bersorak dan menyokong Mahathir tidak memberikan gambaran yang sangat baik terhadap kualiti moral, etika, kehormatan dan maruah mereka. Mereka bertindak seperti ketua kongsi gelap Cina, Yap Ah Loy, operator sarang menghisap candu (opium) dan bapa ayam yang mengimport pelacur dari China, yang dilantik sebagai Kapitan China oleh seorang anggota Keluarga Diraja Selangor dan kemudian dengan cepat menukar sisi apabila pihak lawan memenangi perang sivil itu.

Sumber: Malaysia Today