Nasib Baik Syed Sadiq Tidak Kata Dia Ada Berkotak-Kotak Bukti

Nasib Baik Syed Sadiq Tidak Kata Dia Ada Berkotak-Kotak Bukti

Syed Saddiq kata dia hanya perlu baca dari skrip memburukkan Mahathir yang disediakan dan telah diberi kepadanya untuk mendapat sebahagian dari wang “sogokan” RM5 juta.

Bila dicabar oleh wartawan untuk mendedahkan skrip, Syed Saddiq jawab:

“Itu untuk kita tengok sekiranya keadaan bertukar jadi macam lain.”

(Oh, kata sudah ada skrip pun tak boleh tunjuk ke? Skrip saja pun tak boleh tunjuk? Malu sangat)

Tunggu Apa Lagi Syed Saddiq? Laporkanlah Pada SPRM

Syed Saddiq tuduh sogokan ni dirancang oleh seseorang bernama Habibul Rahman yang dikatakan dekat dengan Perdana Menteri. Tetapi Syed Saddiq mengaku:

“Tapi saya tak pernah berjumpa (Habibul) lagi.”

(Oh, tak pernah jumpa, tak pasti, tapi sanggup tuduh orang lain ke?)

Pengorbanan Syed Saddiq Tak Perlu Sidang Media, Sindir Aktivis Hak Asasi

Syed Saddiq kata dia ada bukti menerima sogokan ini termasuk rakaman perbualan. Bila dicabar oleh wartawan untuk mendedahkan bukti ini, Syed Saddiq jawab:

“Tetapi saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya hanya akan dedahkan kalau saya diugut.”

(Kenapa Syed Saddiq mahu pertahankan perasuah yang mahu rasuah dia? Kalau ada bukti, tunjukkanlah semalam. Jika tidak, orang akan kata kamu mahu beli masa untuk ‘membuat’ atau ‘mencipta’ bukti)

NILAILAH SENDIRI. INILAH VIRUS CAP BUNGA!

Nasib baik Syed Saddiq tak kata ada berkotak-kotak bukti.

Oleh Lim Sian See