Nasihat Tony Pua Kepada Rafizi, Berhenti Perbodohkan Rakyat Dengan Debat

Nasihat Tony Pua Kepada Rafizi, Berhenti Perbodohkan Rakyat Dengan Debat

Tidak memahami bagaimana perdebatan “memperbodohkan rakyat”.

Bolehkah jelaskan lebih mendalam, YB “somebody“?

Apabila ia menyentuh tentang projek Terowong Pulau Pinang berkos RM6.34 bilion yang meragukan, apa saja alasan bodoh akan digunakan oleh DAP untuk mengelak disoal atau perlu menjawab mengenai projek itu.

Untuk mengelakkan perdebatan, Tony Pua mengatakan bahawa debat adalah untuk memperbodohkan rakyat.

Oleh kerana Rafizi sering mencabar semua orang untuk perdebatan, apakah itu bermakna Rafizi sering suka memperbodohkan rakyat?

Saya tidak memahami logik Pakatan Harapan di sini. TOLONG!

Tony Pua Tidak Mahu Berdebat Dengan 'Nobody'

Apabila Pakatan cabar BN untuk berdebat, BN harus terima. Jika BN tolak untuk berdebat bermakna BN pengecut dan ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Apabila BN cabar Pakatan untuk berdebat, Pakatan boleh tolak. Kerana debat hanyalah untuk memperbodohkan rakyat.

Oleh Lim Sian See