Orang-Orang PPBM Sudah Buat Laporan Ke Atas Muhyiddin Atau Belum?

Orang-Orang PPBM Sudah Buat Laporan Ke Atas Muhyiddin Atau Belum?

Baru-baru ini, orang-orang Pakatan termasuk dari PPBM telah menyerang Ketua SPRM atas dakwaan hubungan sulit – mungkin disebabkan oleh siasatan yang semakin meluas oleh SPRM terhadap skandal rasuah-mega Pakatan.

Laporan polis telah dibuat oleh individu yang tidak bernama meminta Polis untuk menyiasat kes tersebut di bawah kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin, yang terkandung dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Ini walaupun mereka yang dikatakan sebagai mangsa, iaitu pasangan suami isteri itu sendiri telah membuat kenyataan umum mengatakan bahawa ketua SPRM tidak bertanggungjawab terhadap penceraian mereka tetapi disebabkan oleh perbezaan peribadi mereka sendiri.

“Mereka mengatakan perceraian itu adalah keputusan bersama dan hal dalaman keluarga yang tidak mempunyai kaitan dengan pegawai SPRM terlibat. Mereka menyifatkan pihak bertanggungjawab membuat dakwaan, menghebahkan dan memanipulasikan perceraian mereka sebagai ‘keji’.”

at

Akuan berkanun suami Nika Gee yang difailkan di mahkamah sebagai sebahagian dari tuntutan perceraian dengan jelas menyebut hubungan Nika Gee dengan Muhyiddin ketika berkahwin sebagai salah satu punca penyebab perceraian – sangat berbeza dengan kes Ketua SPRM.

Nampak seperti kes itu boleh dibuka di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang sama.

Oleh itu, jika pada masa akan datang Pakatan atau PPBM memainkan isu ‘hubungan sulit’ ketua SPRM ini, sila soal mereka sama ada mereka telah membuat laporan ke atas Muhyiddin atau tidak.

Lagipun, Muhyiddin bukan sesiapa pun. Beliau hanya Presiden PPBM dan juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan.

Oleh Lim Sian See