rodziah ismail Pemansuhan Tol: ADUN PKR Batu Tiga Pembohong

Pemansuhan Tol: ADUN PKR Batu Tiga Pembohong

YB PKR Rodziah Ismail kantoi menipu apabila menuduh pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet 2018 hanya sandiwara kerana konsesi tol itu tamat pada tahun berkenaan.

“Bertubi-tubi mesej masuk ucapkan tahniah kepada saya sebab Tol Batu Tiga dan Sungai Rasah telah diumumkan akan di mansuhkan oleh kerajaan. Saya response… “ianya bukan dimansuhkan. Sebenarnya tempoh konsesi dah tamat”. Maka otomatik lah tol tak boleh dikutip lagi,” kata Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga, Shah Alam.

Bagaimanapun dakwaan Rodziah itu dinafikan PLUS Malaysia Berhad.

Menurut syarikat itu, berdasarkan Perjanjian Konsesi yang disemak semula pada tahun 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadual berakhir pada 31 Disember 2038 dan bukannya pada 2018 sebagaimana yang didakwa.

Perjanjian Konsesi 2011 telah disusun semula berikutan penswastaan ​​PLUS pada tahun yang sama, menyaksikan kutipan tol diselaraskan di semua plaza tol yang berada di bawah kawasan PLUS termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Di samping itu, tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh Kerajaan dan/atau PLUS di semua lebuh raya sejak tahun 2005.

Pemegang konsesi lebuh raya itu berkata, terdapat beberapa pertanyaan mengenai pampasan bagi PLUS dengan pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau serta Bukit Kayu Hitam di Kedah.

“Memandangkan perbincangan berterusan, kami akan membuat pengumuman yang diperlukan apabila menerima maklumat lanjut daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama ADUN PKR Batu Tiga Rodziah Ismail berbohong. Beliau terkenal dengan kontroversi bodoh ‘jari hantu dari China’.

rodziah ismail Jari Palsu Dari China Untuk PRU14 Tonjol Kebodohan ADUN PKR


Baca juga: Jari Palsu Dari China Untuk PRU14 Tonjol Kebodohan ADUN PKR
Baca juga: Tuduhan Rodziah Ismail Memalukan Pengundi DUN Batu Tiga

Sumber: AIDC