Pemilihan Semula CEC Menerusi Kongres Khas DAP Langgar Perlembagaan Parti

Pemilihan Semula CEC Menerusi Kongres Khas DAP Langgar Perlembagaan Parti

Seorang bekas pemimpin cawangan DAP hari ini mendakwa parti itu melanggar perlembagaannya dengan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu menerusi kongres khas pada 12 November ini.

L. Pannerselvam, bekas naib pengerusi DAP cawangan Ehsan mendakwa tidak disebutkan dalam perlembagaan parti itu bahawa pemilihan CEC parti boleh diadakan dalam kongres khas.

Beliau sebaliknya berkata perlembagaan parti secara khusus menyatakan bahawa pemilihan CEC perlu diadakan pada Kongres Kebangsaan Parti.

Pendedahan Penipuan Pemilihan CEC DAP 2012 Oleh DAP Insider

“Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan.

“Sekiranya DAP bertegas untuk membuat pemilihan baharu pada 12 Nov dalam kongres khas, mereka perlu mengubah perlembagaan parti terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar di Klang hari ini.

Pannerselvam berkata Klausa VII Artikel 8 perlembagaan parti dengan jelas menyatakan bahawa  kongres khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan hal parti dan bukan untuk mengadakan pemilihan semula.

Beliau juga mendakwa beliau tetap kekal sebagai anggota DAP walaupun dipecat oleh CEC pada 2013 kerana panel itu tidak diiktiraf oleh undang-undang.

Sah Lim Guan Eng Penerima Manfaat Utama Pemilihan Semula DAP, Dapat 'Penggal Bonus'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan pemilihan baharu untuk CEC parti akan diadakan pada 12 November di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Parti itu mengadakan pemilihan semula pada 2013 selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengesan penyelewengan dalam pemilihan 2012.

Pada Julai 2017, RoS memberitahu parti itu bahawa ia tidak berhasrat untuk mendaftarkan semula DAP tetapi terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan aduan daripada beberapa anggota DAP.

Pannerselvam juga menggesa kepimpinan DAP untuk mendedahkan calon yang bertanding pada pemilihan semula bagi memastikan proses kempen dan pengundian lancar.