shafie Penerangan Ringkas 'Pendakwaan Berpilih' Skandal Penyelewengan Dana KKLW

Penerangan Ringkas ‘Pendakwaan Berpilih’ Skandal Penyelewengan Dana KKLW

Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal, yang dijangka direman pagi ini, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 kerana tekanan darah tinggi. Belum pun sempat ditahan reman, sudahpun jatuh sakit. Nasib baik bukan ‘stroke‘. Shafie Apdal semalam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di Kota Kinabalu, Sabah.

Ianya berikutan siasatan kes seleweng dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Sebelum ini 65 saksi termasuk dua adik beradik Shafie Apdal dipanggil SPRM dan 70 syarikat disiasat. Antara individu-individu yang telah ditahan reman untuk membantu siasatan termasuklah:

  • Naib Presiden Warisan yang juga kontraktor bertaraf jutawan, Peter Anthony.
  • ADUN UMNO Lahad Datu yang juga adik Shafie Apdal, Yusof Afdal.
  • Seorang lagi adik Shafie Apdal, Hamid Afdal.
  • Menantu Hamid Afdal.
  • Ketua UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, yang pernah bekerja dengan Shafie Apdal di KKLW.
  • Anak saudara Shafie Apdal yang juga Ketua Pemuda Warisan Sabah, Azis Jamman.

peter anthony Orang Kuat Shafie Apdal Ditahan SPRM, RM179 Juta Dirampas

SPRM menganggarkan sebanyak RM1.5 bilion dana telah diseleweng daripada RM7.5 bilion peruntukan untuk projek pembangunan di Sabah termasuk projek air, elektrik, infratruktur pembangunan jalanraya.

Banyak pihak bertanyakan mengapa tindakan hanya diambil sekarang dan adakah ini pendakwaan berpilih? Jawapannya tidak.

Projek-projek itu sepatutnya dijalankan di antara tahun 2009 dan 2015, sewaktu Shafie Apdal masih menerajui KKLW. Hanya selepas tempoh tertentu projek-projek berkenaan diberikan, barulah dapat ditentukan keberkesanan perjalanan kemajuan projek berkenaan.

Perkara ini tidak akan bermasalah sekiranya pembayaran dilakukan berdasarkan tempoh kontrak dan dalam spesifikasi dan kos yang diperuntukkan. Namun, sebaliknya ini tidak berlaku. SPRM pula hanya memulakan siasatan apabila aduan diterima. Selain daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, 3 pemimpin kanan UMNO kanan yang juga ditahan. Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah bertindak dengan adil dan saksama.

Rasuah Melayu Lebih Senang Daripada Rasuah Cina, Kata Mahathir

Apa yang berlaku dalam kes seleweng dana KKLW ini adalah modus operandi memperlihatkan seolah-olah Shafie Apdal sebagai Menteri ketika itu mendesak tender terpilih untuk projek-projek tersebut di mana hanya sekumpulan syarikat terpilih sahaja telah dijemput untuk membida projek-projek berkenaan.

Syarikat yang dianugerahkan dikaitkan mempunyai kepentingan dengan Shafie Apdal, banyak projek gagal dilaksanakan, tidak lengkap atau tidak mengikut spesifikasi dan piawai yang sepatutnya, namun pembayaran masih dibuat dengan kelulusan haram oleh pegawai kementerian tertentu.

Selepas tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan gagal memberi kelulusan tender terpilih dan berkehendakkan tender terbuka dilakukan, Shafie Apdal telah menulis surat rayuan dan hanya selepas surat rayuan untuk menuntut tender terpilih gagal dipersetujui oleh pihak Kerajaan, barulah bermula episod Shafie Apdal marah kepada Kerajaan.

SPRM Siasat 350 Projek Di Sabah, Ke Mana RM1.5 Bilion

Antara projek-projek yang gagal disiapkan oleh KKLW yang menjadi siasatan SPRM adalah:

  • Projek membekal air bersih bernilai RM50 juta di Semporna.
  • Projek pembangunan infratruktur jalanraya di pendalaman Sabah termasuk di Semporna telah dilakukan di ladang-ladang milik persendirian.
  • Tiada projek kemudahan membekal air bersih di Pulau Gaya bernilai RM100 juta.
  • Projek mengantikan paip-paip lama di Tongod yang bernilai RM27 juta juga gagal dilaksanakan. Sebaliknya paip-paip lama digunakan kembali.
  • Projek membekalkan kemudahan elektrik di tujuh pulau di Semporna bernilai RM93.5 juta gagal dilaksanakan.

Ini semua adalah projek-projek untuk rakyat miskin di Sabah. Adalah menjadi satu jenayah yang tidak terampun mencuri dari rakyat miskin. Oleh itu tidak timbul soal pendakwaan berpilih dalam kes ini.

Sumber: Cucu Tok Selampit