Pengangkutan Awam: Contoh Bagaimana DAP Guna Statistik Terpilih & Sorok Fakta Penting

Pengangkutan Awam: Contoh Bagaimana DAP Guna Statistik Terpilih & Sorok Fakta Penting

Beberapa hari lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan daripada Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dalam satu artikel yang bertajuk “Public Transport Ridership Falling, Despite Billions Spent“.

Tulisan pemimpin DAP di atas adalah contoh sempurna bagaimana DAP menggunakan statistik terpilih dan memilih tempoh tertentu dan menyembunyikan maklumat penting untuk melukis naratif yang suram dan kelam bagi menyerang Kerajaan.

Tidak Mahathir, Najib Tidak Menswastakan Pengangkutan Awam & Kemudian Perlu 'Bail Out'

Untuk berlaku adil, terdapat satu tempoh di mana trafik pada beberapa jenis pengangkutan awam menurun kesan akibat berlakunya kenaikan tambang pada akhir tahun 2015.

Kenaikan tambang ini merupakan yang pertama dalam tempoh 19 tahun bertujuan untuk menjadikan pengangkutan awam lebih mapan dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, angka-angka penurunan tersebut telah mulai pulih dan kini menunjukkan pertumbuhan yang kukuh.

Bagi yang tidak mengetahui, Singapura menaikkan tambang mereka setiap tahun tetapi Malaysia hanya melakukannya sekali dalam tempoh dua dekad sehingga kenaikan itu telah menjadi lebih ketara dan menjadi modal dan tajuk utama pembangkang.

DAP cuba menyembunyikan fakta bahawa penurunan jumlah penumpang Monorail adalah disebabkan banyak koc telah ditarik balik pada tahun 2017 disebabkan oleh faktor keselamatan yang telah mengakibatkan pengurangan frekuensi laluan dan kapasiti penumpang.

DAP juga tidak membentangkan fakta sepenuhnya bahawa penurunan jumlah penumpang KTM Komuter adalah disebabkan oleh permulaan projek landasan berkembar (double-rail project) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan mengurangkan masa menunggu.

Ini disebabkan semasa projek landasan berkembar sedang dilaksanakan, kekerapan frekuansi keretapi dikurangkan dan menyebabkan jumlah penumpang juga turut berkurangan.

Apabila anda memperkenalkan mod pengangkutan baru seperti MRT, pasti akan ada kanibalisasi mod lain kerana sesetengah orang mungkin mendapati MRT lebih sesuai dengan mereka berbanding yang lain – jadi penting untuk melihat peningkatan keseluruhan. Ini adalah sesuatu yang juga DAP telah abaikan.

Secara keseluruhan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jumlah penumpang harian yang menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang meningkat berbanding sebelum ini.

Malah peratusan pengguna meningkat sebanyak 30% pada tahun 2017 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Malah sekiranya pertambahan ini tidak melibatkan pengangkutan terbaru iaitu Mass Rapid Transit (MRT), masih lagi berlaku kenaikan secara keseluruhan sebanyak 12%.

Setakat bulan Ogos 2017, hampir 740,000 pengguna menggunakan pengangkutan awam berbanding 570,000 pengguna untuk keseluruhan tahun 2016. Bagaimana DAP boleh berkata bahawa pengangkutan awam di Lembah Klang gagal?

Kenyataan Media SPAD boleh dibaca seperti di bawah:

Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional