shahrir samad Pengerusi FELDA Jawab Chef Wan Kenapa Beliau Naik Kelas Ekonomi

Pengerusi FELDA Jawab Chef Wan Kenapa Beliau Naik Kelas Ekonomi

Pertanyaan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sama ada FELDA ada duit atau tidak apabila terserempak Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad menaiki pesawat MAS kelas ekonomi, menarik perhatian netizen instagram chef tersohor itu.


Baca juga: Chef Wan Kata Kerajaan Miskin Tiada Pusat Dialisis Di Langkawi, Ini Jawapan Doktor
Baca juga: FELDA: Pembangkang Hilang Arah Berdepan Shahrir Samad

Pertanyaan itu seolah-olah memberi gambaran FELDA tidak berduit sehingga Pengerusinya naik pesawat kelas ekonomi.

Antaranya Soni Vajani menulis, “status yang dimuat naik lucu, ntah-ntah FELDA memang tak der duit dah.”

Bagaimanapun ada yang memberi komen positif tindakan Shahrir duduk di kelas ekonomi.

Antaranya yang komen Juan Feezuan katanya, FELDA bukan tak ada duit tetapi nak cut kos.

“Jangan cakap macam tu Chef Wan. Saya kerja FELDA. Dato Shahrir ni cool orangnya. Dia tak kisah macam mana pun, humble orangnya,” itu komen Nor Zuraida.

shahrir samad Tiada Dana Yang Hilang, Kenyataan Saya Dipesongkan - Pengerusi FELDA

Namun Shahrir ada sebab sendiri kenapa beliau naik kelas ekonomi pada Ahad lalu.

“Saya pulang ke Johor Bahru sebagai Ahli Parlimen, bukan Pengerusi FELDA.

“Kenapa perlu saya guna duit FELDA untuk bayar tambang kapal terbang, ataupun duduk business class,” kata Shahrir kepada bnbbc.my mengulas status Chef Wan yang mendapat 398 komen dan 8,109 like.

Chef Wan pada Ahad lalu memuatkan gambar beliau teruja dapat duduk bersebelahan Shahrir apabila bertukar kerusi kelas perniagaan dengan Norjan.

Menariknya Chef Wan dalam salah satu komen yang di muat naik berkata, “Yes, I hope so as we talked a lot about many of FELDA, subsidiaries like D Saji etc…he did invite me to work along with FELDA”.

Bagaimanapun dalam komen lain menyedari ada nitizen tidak puas hati dengan tulisannya berkaitan FELDA, Chef Wan menjelaskan, “I tak mempertikai pun about his seating as I have done the same pun all the time”.

Sumber: BNBBC