ab rashid Penyakit Nyanyuk Mahathir Berjangkit Kepada Bekas Pengerusi SPR & Naib Presiden PPBM

Penyakit Nyanyuk Mahathir Berjangkit Kepada Bekas Pengerusi SPR & Naib Presiden PPBM

Mantan Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun 1979 – 1995 dan Pengerusi SPR tahun 2000 – 2008, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman kini mengalami kecelaruan minda yang teruk. Di dalam ceramah Himpunan KelengtongBasi yang berlangsung Sabtu lepas, beliau telah membelasah dengan teruk orang yang dipanggil bekas ‘bos’ beliau.

Tidak dipastikan siapa ‘bos’ yang dimaksudkan beliau. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat semasa beliau memegang jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR adalah Bos beliau sekarang, Pengerusi Parti Cap Bunga, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Ingatkan kecelaruan minda Ab Rashid hanya berakhir di situ. Carian di internet mendapati penyakit Alzheimer beliau menjadi lebih teruk. Di dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Ab Rashid dilaporkan berkata (pada masa itu bertarikh 01/01/2008), sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk mendakwa, beliau akan mendakwa pembangkang (bukan ‘bos’ yang beliau ucap dalam Himpunan KelengtongBasi).

Paling menarik kata-kata beliau ketika itu adalah, sekiranya pembangkang mahu protes pilihanraya yang tidak adil, mereka seharusnya tidak bertanding di dalam sebarang pilihan raya. Nasihat tersebut patut diikuti oleh ‘Bos’ Ab Rashid sekarang.

Sumber: Cucu Tok Selampit