Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang

Selain sambutan hambar Himpunan Pakatan Harapan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, pada Sabtu lepas, himpunan tersebut dicemari dengan insiden penghinaan terhadap bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki duduk di atas Jalur Gemilang yang dihamparkan di atas padang berkenaan.

Tindakan kedua-dua mereka dimuatnaik pengguna Facebook dengan nama akaun, Joe Najib.

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang

Menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak menghormati lambang kebanggaan negara, Joe menegaskan bahawa ramai perajurit negara telah berkorban mempertahankan maruah bendera negara.

“Tidak kisah anda penyokong politik sebelah mana.

“Tetapi ramai askar dan nenek moyang kita sudah mati dalam usaha untuk mengibarkan bendera kita. Dan kamu menggunakannya untuk memastikan punggung bersih.

“Tak payah nak sibuk panggil orang pendatang bila kamu sendiri tak hormat bendera tanah air.

“Semakin melampau diorang ni,” tulisnya.

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang

Netizen dalam pada itu turut meluahkan rasa sama dengan menyifatkan pasangan berkenaan sebagai biadap.

“Ada sebab mengapa kita sebut “ibu negara” atau “bahasa ibunda” apabila kita bercakap megenai asal-usul negara kita. Negara adalah ibu kepada semua rakyat, dan bendera adalah wajah kepada ibu kita. Adakah anda akan duduk diatas wajah ibu anda di atas kain?” soal Ali Ghaz

“Buat apa nak lawan kleptokrat jika kamu tidak sayang bendera sendiri?” tanya Kiriden Jayakumar kepada peserta himpunan anti kleptokrasi berkenaan.

“Kurang ajar sungguh. Tiada semangat patriotik,” kata Norli Zakaria.

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur GemilangPeserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang

Himpunan Pakatan Harapan pada sabtu lalu tidak semegah yang digembar-gemburkan.

Jangkaan awal kehadiran seramai 100,000 peserta, namun penganjur mendedahkan cuma 25,000 peserta hadir.

Walaubagaimanapun, perkiraan pengamal media, cuma 8,000 peserta hadir pada waktu kemuncak.

Sumber: Malaysian Digest