Peter Bellew Jawab Putar Belit Penipuan Mahathir

Peter Bellew Jawab Putar Belit Penipuan Mahathir

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Airlines merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Peter Bellew yang akan meninggalkan MAS, telah mengadakan satu sidang akhbar khas semalam dan berikut adalah transkrip sidang akhbar itu:

Terima kasih kerana hadir pada pagi ini. Saya hanya mahu menjelaskan beberapa isu yang telah timbul sejak beberapa hari yang lepas. Ini adalah jawapan peribadi saya dan bukan bagi pihak Malaysia Airlines. Saya harap saya akan dapat menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya sejak beberapa hari yang lepas.

Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja saya di dalam keluarga Malaysia Airlines yang bekerja begitu kuat dengan saya selama 2 tahun setengah ini. Individu-individu yang menakjubkan. Mampu menghadapi apa jua rintangan dengan penuh kekuatan dan kepercayaan. Tiada seorang pun yang menolak apabila diminta untuk memberi usaha yang lebih.

Saya dan keluarga saya sangat berterima kasih atas segala layanan yang kami terima sepanjang berada di Malaysia. Negara ini sangat menakjubkan. Saya sedih untuk meninggalkan syarikat ini tapi dengan harapan yang besar untuk masa depan gemilang syarikat penerbangan yang sangat istimewa ini.

Malaysia Airlines Berada Di Landasan Untuk Catat Keuntungan

Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kontrak saya. Atas sebab pendidikan dan keluarga, isteri dan anak saya telah ‘balik kampung’ ke Ireland pada Julai lepas. Saya fikir saya mampu bertahan untuk setahun dua lagi tapi saya sedar saya perlu bersama keluarga saya. Saya mohon maaf.

Saya telah meletakkan jawatan 2 minggu lepas. Ia suatu yang sukar bagi saya lakukan. Ketika itu saya masih tidak mendapat pekerjaan baru. Khazanah dan Pengerusi kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan saya terus di sini. Mereka tidak memahami mengapa saya mahu pergi.

Saya telah mendapat tawaran dari Ryanair yang kini menghadapi beberapa masalah besar. Ini adalah keluarga lama saya di Ireland. Ia adalah syarikat terbesar Ireland. Dari CEO di MAS, saya akan menggalas tanggungjawab sebagai COO di Ryanair. Mereka memerlukan bantuan saya. Negaraku. Ini perkataan keramat anda semua. Inilah yang saya rasakan sekarang. Negaraku. Saya mempunyai tanggungjawab untuk melakukannya. Apabila kali pertama mereka bertanya pada 27 September untuk meminta saya kembali ke Ryanair, saya menolak. Seminggu kemudian apabila, datangnya panggilan dan saya sedar saya tidak boleh menolak. Saya tidak sabar untuk kembali bersama keluarga dan rakan-rakan di Ireland, 14 jam penerbangan dari Malaysia.

Berita mengenai Ryanair mula tersebar di UK di dalam akhbar UK Sunday Times. Ryanair menunggu hingga Selasa untuk membuat pengumuman di bursa saham.

Khazanah Nasional Pertahan Pelaburan Di Amerika Syarikat

Terdapat beberapa laporan berita tentang campur tangan Khazanah. Biar saya jelaskan. Khazanah adakah sebuah dana pelaburan negara kepunyaan kerajaan. Mereka sangat-sangat menyokong saya secara peribadi dan kepimpinan saya di MAS. Tiada campur tangan. Saya tiada kata-kata selain dari ucapan terima kasih untuk mereka kerana mempercepatkan pelan trasnformasi MAS. Tan Sri Azman sangat membantu. Terima Kasih Khazanah.

Juga terdapat laporan yang saya meninggalkan MAS kerana campur tangan politik. Ini tidak benar. Kementerian Pengangkutan sangat membantu dan Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga adil dalam layanan terhadap semua syarikat penerbangan di Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia juga banyak membantu Malaysia Airlines. Datuk Seri Mustapha Mohamed, Menteri MITI adalah menteri yang paling efektif yang pernah saya jumpa seumur hidup saya. Perdana Menteri langsung tidak campur tangan. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada saya.

Ada juga laporan berkata saya meninggalkan MAS kerana pesanan kapal terbang baru. Itu tidak benar. 100% tidak tepat. Tidak ada sedikit pun yang benar dalam kenyataan itu. Tidak ada campur tangan politik di dalam keputusan MAS untuk membeli pesawat dari Boeing atau Airbus. MAB memerlukan lebih banyak pesawat berbadan lebar dan kurang pesawat narrow body. Mudah. Pengerusi dan saya membawa MoU pembelian itu kepada Perdana Menteri di Washington dan beliau menyaksikan tandatangan pembelian tersebut. Idea dan usaha semuanya datang dari MAB.

Beli Boeing Tidak Melibatkan Duit Rakyat Pun

Malaysia adalah negara yang menakjubkan. Aman damai selama 60 tahun. Perkembangan ekonomi yang hebat. Keharmonian kaum dan agama yang unik. Buka paip, mengalir air bersih. Pendidikan yang hebat. Saya tidak pernah melihat orang yang lapar. Sumber alam yang pelbagai. Budaya yang berwarna-warni. Visi pembangunan yang bagus dari kerajaan sejak 40 tahun lepas untuk membina Malaysia. Dan seorang pemimpin pada tahun 1981 melakukan pelbagai sumbangan besar untuk negara ini.

Tetapi Tun Mahathir salah. 100% salah. Tiada siapa pun dari pihak beliau telah berhubung dengan MAS untuk memeriksa kesahihan. Saya tidak berhadapan sebarang campur tangan dari mana-mana pihak pun. TIADA campur tangan. Saya hanya ingin ‘balik kampung’. Balik ke negara saya. Negaraku. Kembali kepada insan-insan yang saya sayangi. Mudah.

Saya telah membaca kesemua buku yang berkaitan dengan MAS. Buku yang ditulis oleh Tan Sri Aziz adalah sangat baik. Saya juga telah membaca biografi Tun Mahathir dan koleksi suratnya. Tun Mahathir menulis dalam bukunya tentang kegagalan beliau pada MAS yang membawa kepada kejatuhan MAS. Malah dalam 200 muka surat di dalam bukunya sendiri, beliau bercanggah dengan diri sendiri.

Mahathir Tak Berhak Beri Komen Pelan Pemulihan MAS Selepas Menjahanamkannya

Pada muka surat 711 beliau menyatakan “Syarikat itu telah melakukan dengan baik apabila dijual kepada Tajuddin pada tahun 1994 dan pengambilalihan kepentingan Malaysia Airlines oleh beliau telah dilihat sebagai rampasan kuasa.”

Pada muka surat 533 beliau telah menulis “Tajuddin gembira dengan pembeliannya. Beliau mahu menukar saham Malaysian Helicopter dengan saham MAS. Kerajaan menolak cadangannya dan meminta beliau membayar dengan tunai, yang memaksa beliau meminjam RM1.8 bilion. Saya juga tertanya-tanya, bagaimana Tajuddin boleh mampu untuk beli syarikat penerbangan.”

Tetapi Tun Mahathir bercanggah dengan diri beliau sendiri pada muka surat 711 dengan berkata “Beliau cuba membeli saham MAS menerusi saham Celcom dan dengan itu beliau tidak perlu mengeluarkan sesen pun. Tapi akhirnya, beliau meminjam banyak wang untuk membeli saham tersebut. Jika saya tahu mengenainya, sudah pasti saya tidak akan membenarkan urusniaga ini.”

RCI Forex: Tajudin Ramli Sepatutnya Dipanggil Beri Keterangan Berkaitan Saham MAS

Di dalam buku beliau pada muka surat 533 beliau menulis yang hutang tersebut tidak akan mampu ditanggung.

Muka surat 796 pula beliau meluahkan sakit hatinya apabila Tun Abdullah tidak melantik beliau sebagai penasihat MAS. Kerosakan itu melarat sejak tahun 1994 dan hutang.

Malaysia Airlines adalah istimewa. Bukan setakat sebuah syarikat penerbangan tapi salah satu simbol terawal pembangunan negara ini. Orang-orang yang tidak pernah naik kapal terbang sepanjang hidup mereka pun menyayanginya. Kebanyakan di negara ini berharap ia akan kembali gemilang dan menjadi kebanggaan negara sekali lagi. Dengan ini, saya ucapkan selamat maju jaya untuk Kapten Izham dan seluruh keluarga Malaysia Airlines.

Pembelian Pesawat MAS Dibuat Secara Pajakan Semula

Terdapat beberapa perkara yang Peter Bellew tegaskan dalam sidang akhbarnya:

1. Peter Bellew telah menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa campur tangan politik dalam pengurusan syarikat penerbangan nasional adalah penyebab beliau meninggalkan syarikat itu. Peter Bellew menjelaskan bahawa beliau tidak menghadapi sebarang campur tangan dari sesiapa pun pada bila-bila masa semasa di syarikat itu sejak beliau mengambil alih jawatan tersebut pada 1 Julai tahun lepas.

2. Peter Bellew juga menekankan bahawa Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak mengganggu dengan apa cara sekalipun malah Perdana Menteri memberi galakan pada setiap langkah. Beliau memberi respon terhadap tulisan blog pengerusi Pakatan Harapan itu baru-baru ini yang antara lain mendakwa bahawa peletakan jawatannya adalah disebabkan oleh campur tangan Perdana Menteri dalam pengurusan syarikat itu.

3. Menurut Tun Dr Mahathir, Peter Bellew tidak bersetuju dengan Najib Tun Razak atas keputusannya untuk membuat pesanan 16 pesawat Boeing yang diumumkan semasa lawatan rasminya ke Amerika Syarikat bulan lepas. Berkenaan ini, Peter Bellew menjawab, “Tun Mahathir benar-benar salah, 100% salah. Tidak ada misteri, tiada konspirasi, saya hanya ingin balik kampung”.

4. Peter Bellew berkata ia adalah keseluruhannya keputusan Malaysia Airlines untuk membeli pesawat baru yang akan menggantikan beberapa pesawat sedia ada.

5. Peter Bellew berkata bahawa Tun Dr Mahathir tidak pernah menghantar sesiapa pun untuk memeriksa kesahihan sebarang perkara yang dituduhnya.

Nah, Tun Mahathir. Penjelasan dari tuan empunya badan sendiri. Apa yang anda mahu cakap sekarang mengenai putar belit anda?

MAS: Dakwaan Mahathir Mengenai Pembelian Pesawat Tidak Tepat