latheefa zuraida sivarasa PKR Hipokrit Isu Skandal Shafie Apdal

PKR Hipokrit Isu Skandal Shafie Apdal

PKR dianggap hipokrit berkaitan isu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana parti itu yang mula-mula mendedahkan skandal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, namun menukar pendirian apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dulu ketika kecoh isu Shafie Apdal ada skandal dengan seorang artis. Pemimpin-pemimpin PKR antara yang paling lantang desak beliau disiasat bagaimana memperolehi wang cukup banyak untuk membiayai dan selenggara artis berkenaan.

“Kini apabila Shafie Apdal ditahan pihak SPRM siasatan kes seleweng RM1.5 bilion untuk Sabah .. sudah berbunyi seorang pemimpin PKR merangkap Ahli Parlimen menyatakan tangkapan tersebut sudah melampaui batas dan tiada menepati kemahuan dan peruntukan undang-undang pula.

“Maknanya, jika mana-mana pemimpin sudah sealiran dengan dakapan politik PKR atau berada di bawah bumbung dan payung yang sama, maka secara automatik sudah menjadi suci murni bersih seputih-putihnya.

“Boleh nafi dan maki tetapi ini adalah realiti,” ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Pada tahun 2012, Hanisya yang juga dikenali blogger Omak Kau mendedahkan PKR yang diketuai Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin telah mengadakan sidang media mengaitkan skandal Shafie Apdal yang ketika itu berjawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan seorang artis, Zahida Rafik.

Dalam sidang media itu, PKR menampilkan bekas pemandu Bekas Zahida yang bernama Noor Azman Azemi sebagai saksi.

Bekas pemandu Zahida itu mendakwa dia pernah menemani artis itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Shafie Apdal.

Sidang media itu turut dihadiri oleh seorang aktivis PKR, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai ‘Dayangku Intan’ yang merupakan ibu saudara kepada Noor Azman.

Turut hadir mendedahkan skandal Shafie itu adalah Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat Sivarasa Rasiah dan Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya.

Pimpinan PKR itu mendesak Menteri Kabinet, Shafie Apdal untuk menjelaskan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.

PKR juga menyeru SPRM membuat siasatan terhadap Shafie yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah berkata ini bukan persoalan tentang hal peribadi antara Shafie, yang juga Naib Persiden UMNO, dan Zahida.

“Kita bangkitkan isu ini kerana ia melibatkan pembayaran wang tunai yang bukan melibatkan RM1 atau RM2. Tetapi melibatkan ratusan ribu Ringgit Malaysia, di mana jumlahnya amat besar dan apakah puncanya wang ini,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang, di dalam satu sidang media Ibu pejabat PKR.

Dalam sidang media sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mempersoalkan bagaimana Shafie Apdal memperolehi wang itu dan tujuan beliau memberikan kepada artis tersebut.

“Kita masih menunggu jawapan daripada Shafie Apdal mengenai penjelasan tentang daripada wang yang dia dapat untuk setiap kali pertemuan. Kita masih tidak memperolehi apa-apa jawapan lagi daripada Shafie Apdal selepas kita mendedahkan pada bulan lepas. Beliau kena tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan samada menafikan ataupun tidak,” kata Zuraida.

Sumber: AIDC