Projek-Projek Perumahan Pulau Pinang Dikendalikan Pembekal Yang Tidak Selamat?

Projek-Projek Perumahan Pulau Pinang Dikendalikan Pembekal Yang Tidak Selamat?

Dalam satu kenyataan, JKP Sdn Bhd telah memohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti sejauh mana kebenaran projek-projek perumahan di negeri itu dikendalikan oleh syarikat-syarikat pembekal sama yang sebelum ini dikenal pasti tidak selamat.

“JKPSB memohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewujudkan ‘task force’ dan melakukan kaji selidik untuk mengenal pasti projek-projek di Pulau Pinang yang melibatkan pembekal yang sama kerana khuatir masalah yang sama mungkin berlaku untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” kenyataan JKPSP dipetik.

JKPSP merujuk kepada kes projek usahasama syarikat itu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Mutiara Ria dan Mutiara Rini di Jelutong.

“Pelaksanaan kedua-dua projek itu dihentikan apabila berlakunya kegagalan ujian konkrit yang melibatkan pembekal konkrit yang sama.

“Sample konkrit yang diuji melalui tujuh makmal berbeza termasuk makmal antarabangsa didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“JKPSP memandang serius perkara ini kerana JKPSP sentiasa memandang aspek kualiti dan memastikan unit yang dibina selamat didiami.

“Lembaga Pengarah (JKPSP) pada April 2017 telah membuat keputusan untuk merobohkan Projek Mutiara Ria dan Mutiara Rini demi mengutamakan keselamatan pembeli dan risiko pada masa hadapan.

“Keputusan tersebut telahpun dibuat oleh JKPSP sebelum arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Pulau Pinang pada 13 Oktober 2017.”

Sumber: AIDC